Translate

Rabu, 30 Januari 2019

Pertama Kali Jatuh Cinta

Assalamualaikum dan hai. Maaf harini aku lari topik sikit aku rasa aku nak cerita dan luahkan perasaan aku dekat sini sebab benda ni dah lama aku pendam. Harini aku nak cerita tentang pengalaman first time aku fall in love dalam hidup aku yang mana terjadi ketika aku form 4 dulu pada tahun 2014. Sekarang dah tahun 2019 so dah lebih kurang 5 tahun berlalu tapi somehow that memories still flourish in my mind and heart ever since that moment. Sekarang aku dah 21 tahun, masih lagi single dan tak move on dari kenangan dulu huhu.

Aku tak pernah bercinta even sampai sekarang pun disebabkan oleh banyak sebab antaranya aku tak reti mengayat hahaha aku betul betul tak reti lah bendalah ni walaupon dah banyak novel dan movie movie sweet yang aku dah baca dan tonton. Tak tahu lah sampai bila lagi nak membujang hmm.

Okay, nak dimulakan cerita nama aku Yusran(macam biasa bukan nama sebenar) dan first love aku nama dia Naili(pon bukan nama sebenar). Kisah ni berlaku masa aku sekolah menengah time aku form 4. Naili ni aku kenal masa form 1 lagi sebenarnya tapi kenal macam tu je la, just tahu nama and rupa macam mana. Kitorang memang jarang ah bersembang sebab aku ngan dia ni boleh tahan pemalu jugak ah lagipon dari form 1 sampai form 3 kitorang tak pernah sekelas.

Naili ni senang cakap bukan taste aku lah, walaupun muka aku tak seberapa tapi aku punya taste ni tinggi teruk macam rakan rakan seusia aku yang pada peringkat umur tu hanya melihat rupa dan body je. Nak dijadikan cerita masa form 4 aku dengan naili ni dapat duk sekelas , kitorang sama course iaitu course akaun yang memang ada satu kelas je kat sekolah kitorang and dapat la dua tahun menghadap muka sama je setiap hari.

Batch kitorang ni sikit berbanding batch lain lebih lebih lagi budak lelaki ada 30 lebih je and perempuan 70 lebih. Budak lelaki macam biasa memenuhi kelas TK(Teknologi Kejuruteraan) dan yang selebihnya masuk kelas sains jadinya tinggal lah seciput je lelaki kat kelas kitorang iaitu 3 orang je =( dan budak perempuan kelas kitorang pulak seramai 23 orang naya bossku. Aku ingat lagi first aku borak lama sikit ngan dia time group english. Time tu aku dapat satu group ngan dia and member member dia yang boleh dikatakan dive jugak lah. Time tu aku yang pemalu dan low confident ni sembang ngan dia je la sebab member dia yang lain macam sombong lagi time tu.

Dia ni seorang yang ayu, cool, tegas senang kata wife material ah. And dalam group member dia tu, dia sorang ah boleh dikatakan low profile and tak terpengaruh ngan benda nakal group dia buat. Dia pandai bawak diri ah senang cerita. Lepas satu group nan dia tu aku pun macam start kawan ah ngan dia sebab dia ni tak sombong and tak memilih kawan. Dia ni agak kelakar jugak lah dalam kelas kitorang, dia jarang buat lawak tapi sekali bagi punch line satu kelas gelak haih attractive betul lah.

Masa pon terus berlalu and aku pun makin lama makin rapat ngan dia, makin banyak sembang ngan dia, gurau ngan dia and saling membahan huhuhu. Actually aku tak ingat bila first aku jatuh cinta dengan dia tapi ada moment ni yang aku rasa saat terawal aku jatuh cinta ngan dia. Masa tu dia macam tengah bad mood teruk, habis budak perempuan yang gurau bodo ngan dia kene marah ngan dia aritu. Mungkin dia tengah period ke apa tak pasti ah. Masa tu aku nak guna gam and dia ni antara yang ada gam dalam kelas aku tuh tapi sebab dia tengah marah and dia jenis yang jarah marah jadi aku ambik langkah selamat tak mintak gam ngan dia dulu so aku pun pusing satu kelas gi mintak gam tapi hareyy sprang pon takde gam. Last sekali aku pon terpaksa jugak la mintak ngan dia and surprisingly time aku nak mintak ngan dia tu mood dia tetiba jadi baik and she treat me nicely siap senyum lagi walaupon tadi tengah marah orang. Mungkin dia suka aku dulu kot hmm entahlah.

Sekolah kitorang ni sekolah asrama and balik dua minggu sekali so ada satu weeekend ni time balik somehow aku jadi teringat kat dia sepanjang masa sampai mimpi pun muka dia fuhh. Masa ni aku tak perasan lagi aku dah fall in love ngan dia walaupun aku dah ada simpton simpton jatuh cinta macam yang aku selalu baca dalam novel cinta. Aku jadi teringat dia sepanjang masa, jantung berdebar time dekat ngan dia, rasa gelisah jauh ngan dia and aku akan automatik senyem whenever i saw or meet her macam aku dah takleh control apa aku nak buat bila dekat ngan dia, rasa macam anagau pon ada.

Ada sekali tu bila aku dah sedar aku dah suka Naili aku pun macam nak luah ah kan dekat seseorang perasaan ni kan sebab time tu sumpah aku excited and rasa membuak buak perasaan tu dalam diri aku arghh jadi aku pon cerita kat sorang kawan aku ni yang aku boleh percaya and alhamdulillah sampai sekakrang dia tak bocorkan kat sesiapa. Masa aku nak cerita tu aku macam bagi teka teki kat member aku tu and dia punya tekaan yang keberapa puluh baru betul. Tu pon sebab mai keluar ikut mulut je and aku pon bagi banyak gila hint. member aku yang sorang ni tau taste aku macam mana and memang dia tak dapat expect langsung yang aku ni suka kat Naili. Dia macam terkejut gila ah macam tak percaya ah mula mula ingat aku bergurau ke apa banyak kali jugak ah dia nak pastikan aku tak bergurau. Lepas dia nampak aku betul betul serius dia pon percaya ah citer aku.

Si naili ni ada ah member aku yang suka dia ni and masa tu time form 1 tapi time tu aku tak kesah pon pasal naili time tu and usik jugak ah member aku tu macam kebiasaan budak budak tapi nasib baik ah naili ni tak suka dia. Aku bersyukur jugak ah diorang tak couple kalau tak takdelah peluang aku nak jatuh cinta ngan dia. Masa form 5 barulah ramai budak lelaki yang notice naili ni sebab masa tu budak lelaki dah matang sikit and lebih wise gitu. Masa form 5 tu jugak ah ada sorang kawan baik aku ni gi confess kat naili ni and time tu memang aku insecure gila sebab member aku yang ni hensem, stail and pandai jauh lebih baik dari aku lah kiranya. Tapi nasib baik jugaklah naili ni reject.

Next aku nak cerita time aku tengah angau pulak. Masa ni aku tak bertepuk sebelah tangan sebab dia pon nampaknya angau jugak ngan aku time tu.Ada banyak moment sebenarnya and aku harap aku dapat ingat dan cerita semuanya dekat sini. Tempat aku dalam kelas time tu kat depan hujung belah kiri and tempat dia pulak kat hujung belakang belah kanan.

Ni lah gambaran malas dan mudahnya hahahahha. Somehow dalam kelas takde sesapa pun yang syak aku ngan naili ni liked each other like aku dikaitkan dengan semua perempuan dalam kelas aku and dia dikaitkan dengan semua lelaki dalam kelas aku kecuali aku. No one sees this coming and takda yang pernah usik pon =(. Walaupun kedudukan kitorang dalam kelas jauh tapi sebab angau kitorang selalu tengok each other and somehow smiled to each other tanpa kitorang(and everyone) sedar and banyak kali kot kitorang duk senyum to each other tapi takde sorang pon yang perasan hmmm.

Lepastu time prep malam pulak kitorang selalu cuba untuk matching warna baju tapi jarang ah kesampaian sebab aku ikut turutan baju dia pakai minggu lepas and dia pun sama so memang sampai kesudah tak sama sama hahahaha. Dia jugak selalu duduk tepi tingkap kat surau and somehow kat surau pon time aku lalu dekat tingkap we smiled to each other with the prettiest smile we ever can give and still no one noticed. Sebabkan dia lah aku jadi selalu senyum, sebelum angau aku memang susah sangat nak senyum tapi bila dengan dia otot facial aku kat muka ni memang akan automatik senyum ah bukan senyum beshe beshe tapi senyum kemain lebar.

Aku jugak mudah jeles bila nampak dia cakap ngan lelaki lain walaupon aku tahu dia ni jenis tak layan orang and cara aku tunjukkan jeles aku tu dengan blah hahahah sumpah bebudak teruk. Kalau dia pulak bila jeles ngan aku dia akan hilang dia punya cool tu dengan cuba distract aku bila aku cakap dengan budak perempuan lain hahahha tapi takde orang perasan jugak haihh. Aku ada jugak try nak ajak dia couple time cuti sekolah sebelum masuk form 5 tapi baru nak start mengayat sikit dia dah tak reply mesej aku. Punyalah jual mahal tu haihh bae betul lahhh.

sebab dia jugaklah aku jadi susah nak tinggal kelas walaupon kelas aku dipenuhi budak perempuan sebab aku taknak jauh dari dia, aku nak selalu tengok dia depan mata aku. Ada satu kali tu aku ada kena pergi camp kadet beruniform and nampak ah dia macam tak keruan and banyak kali jugak ah nak pastikan aku pergi ke tak sebab sebenarnya aku jarang join kawad kawad ni tapi sebab time tu short orang aku kena pergi jugak lah. Ada jugak time aku kena jadi videographer tangkap video kawad setiap badan beruniform and bila sampai turn badan beruniform dia video hancuss sebab aku duk fokus kat dia je huhuhu.

Antara yang aku kesal ngan diri aku yang dulu adalah aku ni terlalu pemalu. Sebab pemalu aku ni lah aku takde satu pun gambar ngan dia. Dia pernah ajak aku bergambar time majlis raya sekolah tapi betapa bodohnya aku time tu menolak sebab malu hmmm whyyyy. Time last day sekolah pon aku lepaskan peluang jugak sebab aku malu nak mintak bergambar dengan dia walaupun dia absolutely okay with it.

Aku pun dah lama tak contact dia, last time aku rasa time aku reply story instagram dia tapi dia tak reply pun. Last whatsapp pulak time raya 2018 dia ajak aku gi raya rumah dia tapi apakan daya hari tu aku kene naik bas nak balik uni. Sampai sekarang aku masih tak contact dia tapi aku harap aku akan dijodohkan dengan dia suatu hari nanti kerana aku hanya mahu satu first love yang akan jadi last love aku jugak.

Terima kasih kepada yang sudi membaca coretan hati yang tak seberap ni dan sejujurnya masih ada lagi kenangan yang belum terungkap tapi akan aku cuba lengkapkan di masa akan datang In Sha Allah.