Translate

Khamis, 17 November 2016

Serba sedikit tentang diploma pengurusan halal

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang membaca coretan aku ni.Tujuan aku mewujudkan blog ni adalah untuk menceritakan serba sedikit kehidupan sebagai seorang 'student' ataupun mahasiswa UiTM dalam bidang diploma pengurusan halal.

First of all, aku nak korang tahu apa itu pengurusan halal secara jelas.Pengurusan Halal ni adalah suatu bidang yang mana meliputi human resources,food science,islamic studies dan management skills.Untuk masa sekarang,aku nak korang faham dulu apa yang pelajar diploma halal ni belajar.

Baiklah, biar aku mula dengan fakulti, diploma pengurusan halal nii dibawah pengurusan fakulti ACIS (academy contemporary islamic science) ataupun akademi pengajian islam kontemporari.Acis nii adalah fakulti baru yang diwujudkan UiTM dalam memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan tempatan dan global.ACIS nii baru diwujudkan dalam tempoh 5 tahun dan mempunyai dua jurusan dibwahnya iaitu diploma muamalat dan diploma pengurusan halal.ACIS nii berpusat di UiTM Shah Alam seperti kebanyakan course yang dikendalikan oleh UiTM.Harap korang jelas ye dengan penerangan aku nii...hehehe

Seterusnya,kita berbalik pula pada isu utama kita iaitu 'apa itu diploma pengurusan halal?'.Okeylaaa,meh aku ceritakan kat korang serba sedikit tentang diploma pengurusan halal yang banyak digembar-gemburkan mendapat pasaran pekerjaan yang banyak dalam masa akan datang nii kononya ye.

Pada sem 1, korang akan belajar 7 subjek termasuk koko yang terdiri daripada 2 subjek teras (elc,ctu),3 subjek fakulti (tac,akidah,akhlak) dan satu subjek utk course halal iaitu Introduction to halal.Ok baru 6 kan, so yang satu lagi ialah koko yg malangnya diwajibkan utk mahasiswa uitm :(.Koko ni korang perlu pilih daripada 3 pilihan untuk sem 1 ni iaitu Kesatria,Bomba(takleh tukar dh bai) dan pbsm(fsk diutamakan ).Kalau ambil kesat boleh tukar lagi utk sem depan, kalau bomba memang xleh tukar dah, student fsk pulak memang wajib ambil pbsm mlainkan kalau dh penuh boleh pegi bomba or Kesatria.Koko ni hanya untuk 3 sem je.

Bagi yang tertanya-tanya, praktikal untuk kos ni ialah selepas habis sem 4.Tempohnya adalah sebulan lebih dan korang akan masuk lewat sikit untuk sem 5. Praktikal ni suka hati koranglah nak praktikal kat mana pon sebab Pengurusan Halal ni luas bidangnya samada bidang kulinari, hal ehwal agama ataupun pemprosesan makanan. Praktikal ni penting jugak untuk asah kemahiran korang dalam bidang pekerjaan ni. Kalau korang perform masa praktikal ni mungkin firma tu akan cop korang terus sebagai future workers diorang.
subjek

sambungan subjek


*edit- terima kasih damia dan student dip halal management yang lain tolong jawab banyak pertanyaan di ruang komen. Maaflah saya agak busy sejak-sejak kerja ni tak sempat nak check blog ni,tak sangka pulak blew up (ayat twitter). Btw saya minta maaf kalau jawapan yang saya reply tidak memuaskan terutamanya soalan berkaitan degree halal management sebab saya belajar takat diploma je😢