Translate

Khamis, 17 November 2016

Serba sedikit tentang diploma pengurusan halal

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang membaca coretan aku ni.Tujuan aku mewujudkan blog ni adalah untuk menceritakan serba sedikit kehidupan sebagai seorang 'student' ataupun mahasiswa UiTM dalam bidang diploma pengurusan halal.

First of all, aku nak korang tahu apa itu pengurusan halal secara jelas.Pengurusan Halal ni adalah suatu bidang yang mana meliputi human resources,food science,islamic studies dan management skills.Untuk masa sekarang,aku nak korang faham dulu apa yang pelajar diploma halal ni belajar.

Baiklah, biar aku mula dengan fakulti, diploma pengurusan halal nii dibawah pengurusan fakulti ACIS (academy contemporary islamic science) ataupun akademi pengajian islam kontemporari.Acis nii adalah fakulti baru yang diwujudkan UiTM dalam memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan tempatan dan global.ACIS nii baru diwujudkan dalam tempoh 5 tahun dan mempunyai dua jurusan dibwahnya iaitu diploma muamalat dan diploma pengurusan halal.ACIS nii berpusat di UiTM Shah Alam seperti kebanyakan course yang dikendalikan oleh UiTM.Harap korang jelas ye dengan penerangan aku nii...hehehe

Seterusnya,kita berbalik pula pada isu utama kita iaitu 'apa itu diploma pengurusan halal?'.Okeylaaa,meh aku ceritakan kat korang serba sedikit tentang diploma pengurusan halal yang banyak digembar-gemburkan mendapat pasaran pekerjaan yang banyak dalam masa akan datang nii kononya ye.

Pada sem 1, korang akan belajar 7 subjek termasuk koko yang terdiri daripada 2 subjek teras (elc,ctu),3 subjek fakulti (tac,akidah,akhlak) dan satu subjek utk course halal iaitu Introduction to halal.Ok baru 6 kan, so yang satu lagi ialah koko yg malangnya diwajibkan utk mahasiswa uitm :(.Koko ni korang perlu pilih daripada 3 pilihan untuk sem 1 ni iaitu Kesatria,Bomba(takleh tukar dh bai) dan pbsm(fsk diutamakan ).Kalau ambil kesat boleh tukar lagi utk sem depan, kalau bomba memang xleh tukar dah, student fsk pulak memang wajib ambil pbsm mlainkan kalau dh penuh boleh pegi bomba or Kesatria.Koko ni hanya untuk 3 sem je.

Bagi yang tertanya-tanya, praktikal untuk kos ni ialah selepas habis sem 4.Tempohnya adalah sebulan lebih dan korang akan masuk lewat sikit untuk sem 5. Praktikal ni suka hati koranglah nak praktikal kat mana pon sebab Pengurusan Halal ni luas bidangnya samada bidang kulinari, hal ehwal agama ataupun pemprosesan makanan. Praktikal ni penting jugak untuk asah kemahiran korang dalam bidang pekerjaan ni. Kalau korang perform masa praktikal ni mungkin firma tu akan cop korang terus sebagai future workers diorang.
subjek

sambungan subjek


*edit- terima kasih damia dan student dip halal management yang lain tolong jawab banyak pertanyaan di ruang komen. Maaflah saya agak busy sejak-sejak kerja ni tak sempat nak check blog ni,tak sangka pulak blew up (ayat twitter). Btw saya minta maaf kalau jawapan yang saya reply tidak memuaskan terutamanya soalan berkaitan degree halal management sebab saya belajar takat diploma je😢 

202 ulasan:

  1. assalamualaikum . macam mana saya nak dapatkan detail tentang pengurusan halal contohnya dari segi skop kerja . mohon pencerahan . tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, kalau fail dalam arab tapi yg lain okay boleh tak masuk?

      Padam
    2. Assalamualaikum, sye student pengambilan diploma in halal product of manufacturing . Sye nak bertanya untuk skop kerja bagi kos nie sbb sye kurang tahu mengenai skop untuk kos yg sye belajat nie... Hope author bls THANKS 😊

      Padam
  2. Waalaikummussalam...maaf lambat reply, pengurusan halal ni meliputi beberapa sektor iaitu pemakanan,pengurusan sumber manusia dan pengajian islam.Skop pekerjaan pengurusan halal adalah di bawah 3 sektor ini kerana 'pengurusan halal' tidak ditawarkan oleh firma/syarikat secara khusus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf bertanya bertanya, berbaloi tak amik kos ni dgan pjj?

      Padam
  3. Assalamualaikum pengurusan halal ni kena belajar semua full dlm bahasa arab ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam, course pengurusan halal ni ada subjek bahasa melayu, english n arabic tapi subjek yang guna bahasa arab n english ni tahap basic je so takdelah struggle sgt

      Padam
    2. Klau subjek tu bahasa inggeris, presentation pun kena dlm english juga ya? Ke ada kelonggaran?

      Padam
    3. based on lecturer sebenarnya, ada yang okey ada yang concern bab2 bahasa ni. tapi biasanya lecturer akan bagitahu dulu boleh campur ke tak bahasa.

      Padam
  4. Assalamualaikum...klau tiada bahasa arab masa spm boleh x masuk course ni? =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam, maaf tapi piawaian pemilihan terbaru mewajibkan student yg ingin menyambung dalam course halal perlu ambik bahasa arab time spm :(

      Padam
    2. Maaf nak tanye. Tak nak sambung lagi ke cerita kat atas? Saya nak tahu lg penerangan pasal course ni

      Padam
  5. Assalamualaikum nak tanya kalau ambil course nih boleh ke ambil koko pbsm ke memang untuk fsk je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam, boleh jer sebab member pon ade yang masuk pbsm

      Padam
  6. Assalamualaikum apa contoh pekerjaan yg ditawarkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pekerjaan mostly bawah swasta... kalau perancangan kerajaan untuk jadi hab halal 2020 jadi realiti, akan ada halal officer untuk semua syarikat di malaysia khususnya dalam bidang makanan

      Padam
  7. Nak tanya apa itu FSK dan PBSM? Dan adakah diploma pengurusan halal ini kena belajar akaun.bagaimana kalau student itu tidak mengambil mata pelajaran akaun di sekolah menengah

    BalasPadam
    Balasan
    1. FSK stand for Fakulti Sains Kesihatan dan PBSM stand for Persatuan Bulan Sabit Merah :'). Takpe tak ambik subjek akaun pon sebab member member pon ada banyak aliran masuk sini

      Padam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Apakah itu FSK dan PBSM?Dan adakah student yang ambil diploma pengurusan halal ni kena belajar akaun,macam mana kalai student tu tak ambil aliran akaun di sekolah menengah

    BalasPadam
  10. Apakah itu FSK dan PBSM?Dan adakah student yang ambil diploma pengurusan halal ni kena belajar akaun,macam mana kalai student tu tak ambil aliran akaun di sekolah menengah

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak semestinya kena belajar akaun, semua aliran pon boleh

      Padam
  11. fsk tu fakulti sains kesihatan. pbsm pula persatuan bulan sabit merah.

    BalasPadam
  12. Salam.. Nk tya.. Mn tempt yg sesuai tuk praktikal ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpulang pada anda asalkan tempat tu ada sijil halal

      Padam
  13. Assalam, boleh tak saya nak tahu senarai penuh subjek2 yang disusun untuk program ini?...sekiranya boleh, emailakan kepada saya di sitifarhana812@gmail.com

    BalasPadam
  14. subjek ni ada kena buat esaimen ke? brp byk patah perkataan biasanya bila buat esaimen?

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua subjek dan course ada esaimen dik, biasanya 20 pages

      Padam
    2. Salam,subjek ni kena menghafal ke?Contohnya,macam kena hafal dalam bahasa arab ke,ayat2 al quran ke & lain2.Hehe😊

      Padam
    3. ada 3 sem belajar bahasa arab pastu ada la kena hafal beberapa surah spt Yasin, al-mulk dan al-maidah

      Padam
  15. Assalamualaikum nk tanye ... saya dah dpt course Halal Management ni tpi ditempatkan di negeri sembilan ... dip halal management xde dkt uitm shah alam dah ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni semua branch uitm ada kos halal ni rasanya tapi main pejabat kat shah alam and degree baru sambung kat shah alam

      Padam
  16. Salam. Nak tnya kalau kita ambil bidang ni mostly kena tahu pasal apa ya? Sbb ingat nak ambil bidang ni. And kalau boleh suggestkan, utk koko tu ikut kita nak ambil mne atau dia tetapkan and kenapa bomba takleh tukar ya. Tq 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, kalau ambik bidang ni mostly kena tahu pasal fiqh islam dan food science. koko kita boleh pilih dan sebaiknya pilih kesatria sebab next sem boleh tukar dan bomba takleh tukar sebab komander dia strict sikit

      Padam
  17. Dip halal n management di uitm mn ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni ada kat semua kampus negeri kalau tak silap, dulu kat uitm palam jaa

      Padam
  18. salam nak tanya , course ni untuk org yg amik sn stream je ke? bdk sastera tk boleh diterima ke?

    BalasPadam
  19. Salam. Berapa tahun ye belajar kos ni di uitm?

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum. Berapa total yuran pengajian ye utk kos ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam, satu sem dalam 500... so 5 sem dalam rm 2500 laa rasanya... maaf kalau salah

      Padam
  21. assalamualaikum..terima kasih untuk info diatas :)

    BalasPadam
  22. salam, i dpt kos ni under baitulmal, is it same dgn apa yang u explain? atau lebih kurang je dia punya benefit semua tu? kiranya yg bahasa arab tu memang kita kene jugak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya lebih kurang je mana mana pun and bahasa arab memang wajib

      Padam
  23. Salam,course ni ade sambungan degree x??

    BalasPadam
  24. Salam, susah tak kalau ambik course ni?

    BalasPadam
  25. Salam, klu lplps matrik dpt course ni dikira dip @ degree?

    BalasPadam
  26. Salam... Saya nak tanya kalau lepasan sijil pengajian islam.. Boleh ke tak kalau nak mohon diploma pengurusan halal dekat uitm? Mohon penjelasan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je nak pohon diploma tu... cuma kene ikut result spm

      Padam
  27. Assalam wrt saya nak tanya kalau lepasan diploma syariah boleh tak apply degree pengurusan industri halal di uitm...dan nak tanya berapa harga kursus tersebut sbb saya search tak jumpa²...mohon penjelasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam boleh je kot mintak dengan diploma syariah...untuk maklumat lanjut rujuk di laman web acis uitm ataupun pergi ke pejabat acis di uitm shah alam sebeb saya pon tak pasti kos untuk degree

      Padam
  28. Assalamualaikum, saya nak tanya kalau saya tak ambil subjek bahasa arab masa spm boleh tak ambil course ni?

    BalasPadam
  29. Kalau lepasan stam ambil bidang ni.. Cara belajar dia mcm diploma jugak ke..sbbkan stam dah diploma lepastu terus ambil degree kos ni. .So macam mana ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. cara belajar dia macam degree biasa je...takde susah sangat

      Padam
  30. Asalam,saya nak tanya bahasa arab dan tasaawwur kena kredit aje kan?

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  32. Assalam, agak2nya course ni ada kat uni lain x? Selain dri uitm

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada...tapi kat kolej swasta, untuk uni kerajaan hanya uitm sahaja yang menawarkan course ni

      Padam
    2. kalau berminat, KPM (Kolej Profesiona MARA Bandar Melaka) ada menawarkan kursus Diploma Industri Halal.

      Padam
  33. Salam.. Tapi knpe my senior dia amik kos ni but dia ada buat macam bakery tu like buat kek n so on ....tu mknn halal yg mana??

    BalasPadam
  34. rasanya dia buat kek tu untuk projek ENT subjek entrepreneuer sebab takde kos ni belajar buat kek

    BalasPadam
  35. Assalammualaikum.kos ni WAJIB ada bahasa arab spm ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam, ye wajib ada credit bahasa arab time spm

      Padam
  36. Salam, kalau bhasa Arab x credit.buleh ker ambk kos ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam, maaf syarat permohonan adalah credit bahasa arab spm

      Padam
  37. Salam. Pelepasan stam boleh smbung industry halal trus ke degree kan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai adik piya..akak jus nak share..utk program it tech maklumat di widad uni..yg mana ade STAM bole cuba aply..bole dptkan info wsp akak 011-16930576

      Padam
  38. Matematik kena kredit jgk ke masa SPM klau nak amik course ni?

    BalasPadam
  39. cara belajanye camne ea... dea more kepada bi n arab ke?

    BalasPadam
  40. dekat mana saya boleh dapatkan maklumat senarai kursus yang ditawarkan dalam bidang degree dan diploma?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh rujuk laman web upu dan laman web universiti berkaitan

      Padam
  41. Boleh sy dptkan ijazah sarjana muda pengurusan halal? Nanti mohon emel kat sy..norhidayah169@gmail.com

    BalasPadam
  42. Assalamualaikum..terima kasih ye atas pengkongsian..rsa bmnat pulakk..hahahah..tapi sye nk tye,skg ni kat uitm shah alam je ke yg ada degree course ni??klau kt uitm lain ade tak??mcm kat uitm kota samarahan kee...terime kasihh..^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam... Setahu saya kat uitm shah alam je yg ada untuk degree manakala untuk diploma ada di beberapa tempat seperti puncak alam dan kota samaarahan pon termasuk jugak.

      Padam
  43. berapa tahun dah ye course ni? ada ke yg dah graduate dan macamana industry punye demand untuk students2 ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang 4 tahun dah. Setakat ni dah ada yang graduate diploma tapi belum ada yang degree. Untuk demand pula agak menggalakkkan sebab industri halal ni bidangnya luas dan semakin diperlukan terutamanya di luar negara

      Padam
  44. Assalamualaikum..nk tnya,klau ambik course ini,bidang pekrjaan ap yg ditawarkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam, skop kerja bidang halal ni agak luas sebenarnya. Kebiasaannya terdapat dalam bidang makanan, perhotelan dan penyimpanan

      Padam
  45. Assalamualaikum nak tanya untuk diploma halal ni selain uitm shah alam ada dimana lagi ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam, selain di shah alam, uitm puncak alam dan kota samarahan ada juga menawarkan kos ini dan dengar khabar akan dibanyakkan lagi tempat yang menawarkan kos ini terutamanya dalam pihak swasta

      Padam
  46. Salam. Nak tanya. Kalau BI dapat lulus D blh lepas ke? Bahasa arab C+.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam, maaf kerana syarat kemasukan ke sini adalah perlu kredit BI iaitu sekurangnya C

      Padam
  47. Jawapan kpd unknown...layak dah tu

    BalasPadam
  48. Sy nak tnya if sy nk ambik pengurusan halal ..perlu ke sy ambil stam?sy minta pendapat jee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nk ambik diploma hnya perlu spm je.. kalau dh ambik stam boleh apply terus degree

      Padam
  49. Salam nak tnya Ada tak info utk ijazah pengurusan industri Halal Dari segi subjek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam.. info subjek utk kos degree ni adik akan belajar dgn lebih mendalam.. cthnya, haccp, halal auditing, halal logistics, etc

      Padam
  50. Assalamualaikum kak... Nk tanya kalau kita andaikan diploma pengurusan halal ni then kita sambung degree yg sama boleh guna transfer credit tak utk singkatkan tempoh degree nnti???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf typo yg andaikan tu 😶
      *Kalau kita amik diploma...

      Padam
    2. Waalaikumsalam dik, pelajar lepasan diploma pengurusan halal adalah dikira sbg pelajar penerapan.. pelajar penerapan akan skip setahun bila dh masuk degree nanti.. so yes, dapat transfer credit

      Padam
  51. Assalam. Best tak course ni and susah tak? Dapat course ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam, tak susah mana pun dik kalau ada impian dan semangat yg kuat utk belajar

      Padam
  52. as slm nk tanya..
    ada temuduga kemasukan tak utk course nih.

    BalasPadam
  53. math kena kredit ke kalau nk ambil course ni ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ambik diploma math wajib kena kredit.. kalau ambik degree tak wajib

      Padam
  54. assalam, sorry nak tanya diploma pengurusan halal ada di uitm mana je ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam, yg sy tahu dulu masa awal² dulu kos ni ada kat uitm puncak alam dgn uitm samarahan 2 kat sarawak je.. n then skrg ni kos ni dh nak tutup dh kat uitm puncak alam dan uitm samarahan masih ada lagi kos ni.. skrg ni uitm kuala pilah pulak baru bukak kos ni

      Padam
  55. MAAF BERTANYA, abg time study course ni ada basic arab x?... saya ada la ckit. tapi dah lama tinggal arab. so just matsalleh je la dalam diri.

    mcm saya sebelum ni study di Unisham, diploma in culinary art and halal services. just nak tahu susah x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Basic arab time spm je.. lagipun kos ni lebih bnyk belajar dlm BI so nak katakan subjek arab pun x bnyk.. kos ni x susah mana pun just adik akan belajar lebih kepada Islamic subjek related to halal.. harap membantu

      Padam
  56. assalam naktanya sebab confuse sikit. untuk diploma pengurusan halal ni senanya berapa tahun? 4 tahun ke 2tahun setengah? terimakasih ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam. 2 tahun setengah aje

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  57. Assalamualaikum mohon pencerahan... kalau saya mohon course ni dgn stpm x belajar bahasa arab tapi mase spm ambik bahasa arab blh ke?

    BalasPadam
  58. Assalam...boleh tak tnyeee
    Bidng nii belajar dalam bahasa melayu ke english

    BalasPadam
    Balasan
    1. tolong jwbkan..bljr uitm english tp mostly lect akan guna je mix language so jgnrisau sgt yer dik

      Padam
  59. hai semua..menarik blog adik ni...tq for sharing..btw..akak disini nk share ..since akak ade info utk program pendidikan awal kanak kanak kerjasama UPSI-intake ade nov ni bole mohon sekarang..syarat kredit bi dn math... dan klau nak tye psl bidg technology maklumat it bole pm 011-16930576....akak kaunselor..adik2 bolehla nk pm utk advice apa2 akak advice ...bljr rajin2 k..

    BalasPadam
  60. kalau ambik pengurusan halal nk sambung teknologi makanan boleh tk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je ikut syarat kelayakan kos tersebut

      Padam
  61. aslkm. saya dapat kos ni under baitulmal. tpi dlu saya tak amek aliran bahasa arab. tpi saya dapat je kos ni. so mcm mana ye? bertambah susah ke klau saya nak blajar nnti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wlkmslm.. tahniah dik sebab dapat kos ni.. subjek arab kos ni adik akan belajar basic arab bermula dari level 1.. so, adik xyah risau pasal subjek arab.. sebab arab tak susah mana pun.. basic je.. susah lagi subjek bahasa arab tinggi spm..

      Padam
  62. aslkm. saya dapat kos ni under baitulmal. tpi dlu saya tak amek aliran bahasa arab. tpi saya dapat je kos ni. so mcm mana ye? bertambah susah ke klau saya nak blajar nnti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam. student yang tak de aliran bahasa arab pon boleh dapat kos ni tapi perlu usaha lebih la sebab banyak term dari bahasa arab dan subjek bahasa arab pon ade

      Padam
    2. Nk tanya .awak dpt baitulmal tucm mana ya...awak mohon kat mana

      Padam
  63. Saya lepasan asasi undang2.kalau saya nak ambil course ni saya kena masuk dengan spm(diploma) ke? atau pun boleh ambil ijazah terus?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf saya tak pasti boleh ke tak sambung dari subjek undang2 tapi kalau betul pon boleh sambung agak susah la nak catchup dengan student dari diploma. apa hal boleh rujuk laman web official acis uitm untuk info lanjut

      Padam
  64. Assalamualaikum.. klau gna sijil stam blh ke smbg degree trs course ni.. ? Dn klau degree ad kt mna ye ntk course ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummusssalam boleh je rasanya tapi susah sikit nak catchup dan degree ni hanya ada di uitm shah alam

      Padam
  65. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  66. Assalam,saya nak comment pasal course ni. Knp byk yg cakap course ni susah nk dpt kerja? Blh tolong terangkan x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam,sebenarnya mengikut pengetahuan saya, skop kerja untuk bidang ni agak luas tapi,ianya tidak spesifik.boleh mintak kerja dalam pelbagai bidang berkaitan tapi untuk bidang halal agak susah

      Padam
  67. degree pengurusan industri halal ni susah tak? sbb saya lepasan stam so dpt tawaran kos ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. takdela susah sangat lagi-lagi ada stam basic dah kuat dah tu untuk subjek arab nanti

      Padam
  68. Untuk degree pengurusan halal tempoh belajar brapa tahun @ berapa sem.yuran pembayaran macam mna

    BalasPadam
  69. Degree pengurusan halal dkat uitm mna je?

    BalasPadam
  70. Assalamualaikum, course ni ada kira kira juga kan? Mendalam tak?
    Dan bahasa arab tu belajarnya mendalam juga Tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa sem 1 ja ada math tu pon business math , basic math. setiap jawapan kena guna formula , betul pilih formula maka betul lah jawapan haha srs na

      Bahasa arab pulak lagi rilek belajaq pon belakon ada menyanyi ada , so skor betui betui sbb nak naik kan pointer. Keja grouping pulak tuh . Belajaq basic ja sbb nama subjek pon foundation arab , so jgn takut hehe

      Padam
  71. assalamualaikum....bang..betul ke kena hafal surah al maidah..ke hafal certain ayat je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. certain ja , selalu nya lecturer akan suruh tasmik sikit sikit , rasanya kena hafal 5 ayat tak silap

      Padam
  72. lepas habis ppengajiaan boleh apply kerje kerajaan tak...cuma bertanya sahaja...contohnya jakim

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je in sha allah sebab intern pon boleh je kat jakim

      Padam
  73. assalamualaikum...nk tanya kalau SPM ambil subjek tasawwur,pendidikan al-quran & as-sunnah dan pendidikan syariah islamiyyah kena creadit juga ke ketiga-tiga subjek tu???

    ke salah satu je???

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena credit certain subjek je tak semua...maaf saya tak ingat dah subjek apa tapi 5 subjek je kot kene kredit

      Padam
  74. Salam alaik...
    Kos ni sejak tahun berapa ya dia mula??

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasssalam... baru je kos ni rasanya mula pada tahun 2013-2015 gitu

      Padam
  75. assalam saya nak tanya. saya ambik dip in islamic studies di universiti sultan azlan shah, USAS. boleh ke kalau saya sambung degree terus di uitm dalam bidang ni? atau saya kena ulang diploma semula? dan saya tak ambik bahasa arab masa spm, tapi saya ambik 3 subject arab masa diploma.

    satu lagi soalan, subject ni perlu kemahiran matematik tak ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasssalam boleh cuba mintak untuk degree dan subjek matematik ada masa diploma masa degree tak pasti la pulak

      Padam
  76. Assalammualaikum,maaf bertaya,untk spm saya ambil subjek 1. lughatul arabiah almua'sirah 2. Syariah Al islamiah 3. Usul Al din semuanya dlm bahasa arab, dan saya peroleh semua A, adakah saya layak diterima dlm kos ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah layak saya spm alquran sunnah, syariah islamiah dalam bm pun lepas

      Padam
  77. Bolehh terang kn lagi mengenai subjek tu

    BalasPadam
  78. Assalam nak tanya, awak intern kat mana ye,, sbb saya masih tgh cari tempat intern tapi x tau nak pilih kata mana yang sesuai

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam sebenarnya agak meluas tempat yang boleh kita pergi cuma kebanyakan majikan tak pasti dengan skop kerja kita.saya dulu kat hotel.

      Padam
  79. Assalam nak tanya, awak intern kat mana ye,, sbb saya masih tgh cari tempat intern tapi x tau nak pilih kata mana yang sesuai

    BalasPadam
  80. Assalamualaikum..saya nak tanya...course pengurusan halal ni boleh sambung ke degree pengurusan halal ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam boleh sambung degree di uitm shah alam je

      Padam
  81. assalamualaikum bidang ni banyak peluang kerja tak untuk masa sekarang?
    LEPAS diploma sambung degree apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummusslam kalau ikutkan peluang kerja kita agak luas kerana skop yang besar dan demand pasaran halal yang meningkat. degree pengurusan halal di uitm shah alam sahaja

      Padam
  82. Assalamualaikum BA kene kredit ke dlm SPM sbb syarat kat depan tu tulis pass je

    BalasPadam
  83. Exam dlm b.melayu ke English . Atau dwibahasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut language subjek yang kita belajar , kalau belajar in english so presentation/assignment/exam pon in english . Same goes sub yg belajar in bahasa and arab and no dwibahasa in exam unless for lecture , harap membantu

      Padam
  84. Mohan reply segera 😊

    BalasPadam
  85. kalau nk smbg degree pengurusan halal,diploma ape yg boleh ambil selain dari diploma pengurusan halal dan muamalat?

    BalasPadam
  86. kalau sambung diploma dlm bidang halal ni kan mmg kna hafal surah full or dia akan bagi brapa ii ayat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. like surah yassin tu kena hafal full ke ?

      Padam
    2. depend on lecturer jugak senanya tapi ada beberapa surah tu kene hafal full macam surah al mulk dan yasin (yasin bahagi 3 sem bukan semua satu sem)

      Padam
  87. Asalam nak tanya,ada tak kira kira dalam course ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sem 1 ada , sem 4 ada (uitm tau , u lain saya tak sure)

      Padam
  88. Assalammualaikum, nak tnya . Saya ni tak berapa okay dalam mathematics. Course halal ni ada kaitan dengan mathematics tak ?

    BalasPadam
  89. Kalo diberi pilihan stpm or diploma pngurusan halal nak pilij mana eek? :)

    BalasPadam
  90. Assalamualikum..sy nk tanya pengurusan halal utj degree ad di Uitm palam ke atau di shah alam?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam untuk degree ada di uitm shah alam

      Padam
  91. diploma kos ni di uitm puncak alam bagi semenanjung di sabah sarawak di uitm kota samarahan rasanya

    BalasPadam
  92. Assalamualaikum saya nk tnya waktu spm bi saya dpt D and wktu stam muet saya dpt band 2,bleh msuk x uitm untuk degree nnti

    BalasPadam
  93. assalamualaikum,kalau saya tidak mengambil pengajian bahasa arab masa spm...tapi saya ad subjek tasawwur islam dan p.islam masa spm masih boleh kah saya memohon ke diploma pengurusan islam..di uitm

    BalasPadam
  94. Maaf nak tanya saya baru habis belajar diploma pengurusan halal.. Selain ijazah pengurusan halal, course apa yg boleh saya sambung untk belajar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. food tech pun boleh..nanti boleh masuk makmal buat test makanan yang nak mohon halal atau ada isu halal

      Padam
  95. maaf, untuk course ni kita oleh join suksis tak??

    BalasPadam
  96. Assalam untuk course ni ada sambungan master ke?

    BalasPadam
  97. Assalamualaikum,
    1. Course ni ada di uni mana lagi ya utk dip & degree?
    2. Blh saya tau apa pros n cons bidang ni?
    Mohon respon segera..
    Terima kasih 😊

    BalasPadam
  98. Assalamualaikum ..bolehkah saya tahu kalau kita ambil degree bidang bahasa arab dan kesusasteraan kan bolehkah kita nak sambung degree jugakk tpi dalam bidang pengurusan halal..mohon pencerahan saya nk tau sangat ii ni

    BalasPadam
  99. Bolehkah skrg kita ambil degree bidang bahasa arab dan kesusasteraan bolehkah lepas hbis degree bidang tersebut kita nak ambik degree bidang pengurusan halal makanan..mohon pencerahan nk tau sangat ii ni

    BalasPadam
  100. Nak tanya kalau arab D boleh amik ke?🥹

    BalasPadam