Pendahuluan
Al-Sunnah
adalah salah satu dari wahyu Allah, dimana maksud dan isi kandungannya
dilafazkan oleh Baginda Rasulullah. Ini bererti al-Sunnah mempunyai autoriti
yang sama pentingnya dengan al-Quran selaku sumber yang memberi penjelasan
tentang isi kandungan ajaran Islam. As sunnah merupakan sumber kedua dalam
perundangan islam untuk di rujuk. Kedudukannya di tempat kedua selepas al-quran
. Ini kerana lafaz dan maknanya datang dari Rasulullah s.a.w. Maka, mustahil
bagi Baginda untuk melakukan pendustaan.
Tajuk assignment yang telah
disiapkan ini berkaitan sumber kedua dalam perundangan Islam iaitu al-Sunnah.
Skop kajian lebih kepada menghuraikan definisi, pembahagian, jenis-jenis
al-Sunnah dari segi periwayatan, dan peranan al-Sunnah. Dalam menghuraikan
maksud al-Sunnah, ia dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya menurut
ulama’ usul fiqh, hadis dan .
Seterusnya, kajian ini menghuraikan pembahagian al-Sunnah. Al-Sunnah
dibahagikan kepada tiga bahagia iaitu qauliyyah, fi’liyyah, taqririyyah,
hamiyyah . Jika dilihat jenis-jenis al-Sunnah dari segi periwayatannya, ia juga
dibahagikan kepada tiga iaitu mutawatir, masyhur dan ahad.
Bahagian terakhir dalam kajian
ini ialah peranan al-Sunnah. Lima peranan utama al-Sunnah telah dikenal pasti.
Antaranya termasuklah al-Sunnah bertindak sebagai penyokong kepada hukum-hukum
yang terdapat di dalam al-Quran, penjelas kepada ayat-ayat yang mujmal dan
mengkhususkan hukum-hukum yang umum
PERANAN
AS SUNNAH DALAM MENENTUKAN HUKUM
.JENIS HADIS
Pembahagian
Hadis merujuk kepada aspek bilangan perawi dan sifat perawi, dengan catatan
hadis tidak memenuhi syarat periwayatan sesebuah hadis adalah dikategorikan
dalam golongan hadis yang ditolak.
Pembahagian
hadis telah dibuat oleh sesetengah muhaddithin semasa yang memasukkan hadis
mutawatir dan hadis ahad ke dalam kategori hadis sahih dan menyebutnya semasa
membicarakan mengenai hadis sahih.Dengan tidak menafikan bahawa terdapat
sesetengah hadis ahad terdapat dalam dua keadaan iaitu sahih dan daif
1.HADIS
BERDASARKAN BILANGAN PERAWI
Pembahagian
al-Sunnah dari sudut bilangan perawi menurut jumhur ulama’ dapat dibahagikan
kepada dua unit iaitu mutawatir dan ahad.
1.Hadis Mutawatir
Hadis mutawatir menurut bahasa ialah
berturut-turut.Hadis Mutawatir menurut istilah ialah hadis yang diriwayatkan
oleh sebilangan perawi yang mana melihat kepada bilangan tersebut tidak mungkin
mereka berdusta dalam meriwayatkan hadis tersebut.[1]Hadis Mutawatir ialah hadis
yang sahih yang diriwayatkan oleh ramai sahabat. Diantara syarat-syarat Hadis
Mutawatir ialah diriwayatkan oleh perawi yang ramai yang mencapai satu tahap
mustahil untuk mendustakan hadis Rasullah s.a.w. Jumlah perawi seimbang pada
setiap peringkat dan hadis diterima melalui pendengaran dan penglihatan. Maka,
kita wajib beriman dengan Hadis Mutawatir dan menolaknya adalah jatuh kafir
ataupun kufur.Hadis Mutawatir menduduki tempat kedua selepas al-Quran dimana ia
bertaraf qat’ie dan menjadi hujah yang kuat seperti al-Quran.
Jenis Hadis Mutawatir
1.Mutawatir Lafzhi :
ﻤﺎ ﺘﻭﺍﺘﺭﺕ ﺭﻭﺍﻴﺘﻪ ﻋﻟﻰ
ﻠﻓﻅ ﻭﺍﺤﺩ
“Hadis mutawatir lafzhi ialah hadis yang
kemutawatiran perawinya masih dalam satu lafal”
Jadi jika ditemukan sejumlah besar perawi
hadits berkumpul untuk meriwayatkan dengan berbagai jalan, yang menurut adat
kebiasaan mustahil mereka bersepakat untuk berbuat dusta, maka nilai yang
terkandung di dalamnya termasuk “ilmu yakin” ertinya meyakinkan bagi kita bahwa
hadits tersebut telah di sandarkan kepada yang menyabdakannya, yaitu Rasulullah
saw.
Contoh:
ﻤﻥ ﻜﺫﺏ ﻋﻟﻲ ﻤﺘﻌﻤﺩﺍ
ﻔﻟﻴﺘﺒﻭﺃ ﻤﻘﻌﺩﻩ ﻤﻥ ﺍﻠﻨﺎﺭ
‘‘Siapa saja yang berbuat kebohongan terhadap
diriku, maka tempat duduknya yang layak adalah Neraka’’
Dalam men-sikapi hadits ini, para ahli
berbeza-beza dalam memberikan komen, diantaranya ialah:
- Abu
Bakar al-Sairy menyatakan bahwa hadits ini diriwayatkan oleh 40 sahabat secaramarfu’
- Ibnu
Shalkah berpendapat bahwa hadits ini diriwayatkan oleh 62 sahabat,
termasuk didalamnya adalah 10 sahabat
yang dijamin masuk Surga.
- Ibrahim
al-Haraby dan Abu Bakar al-Bazariy berpendapat bahwa hadit ini diriwayatkan
oleh 450 sahabat.
2.Mutawatir Ma’nawiy
ﻫﻭ ﺍﻥ ﻴﻨﻘﻝ ﺠﻤﺎﻋﺔ
ﻴﺴﺘﺤﻴﻝ ﻋﺎﺩﺓ ﺘﻭﺍﻁؤﻫﻡ ﻋﻟﻰ ﺍﻟﻜﺫﺏ ﻭﻗﺎﺌﻊ ﻤﺨﺘﻟﻔﺔ ﺍﺸﺘﺭﻜﺕ ﻓﻰ ﺍﻤﺭ ﻴﺘﻭﺍﺘﺭ ﺫﻟﻙ ﺍﻟﻘﺩﺭ
ﺍﻟﻤﺸﺘﺭﻙ
Hadits Mutawatir ma’nawiy ialah kutipan sekian banyak orang yang
menurut adat kebiasaan, mereka mustahil bersepakat dusta atas kejadian-kejadian
yang berbeda-beda, tetapi bertemu pada titik persamaan
Maksudnya adalah hadits yang para perawinya berbeda-beda dalam
menyusun redaksi pemberitaan, tetapi pada prinsipnya sama.
Contoh:
ﻤﺎ ﺭﻔﻊ ﺼﻟﻰ ﷲ ﻋﻟﻴﻪ ﻭ
ﺴﻠﻡ ﻴﺩﻴﻪ ﺤﺘﻰ ﺭؤﻱ ﺒﻴﺎﺽ ﺍﺒﻁﻴﻪ ﻔﻰ ﺸﻴﺊ ﻤﻥ ﺩﻋﺎﺌﻪ ﺍﻻ ﻔﻰ
ﺍﻹﺴﺘﺴﻘﺎﺀ
Rasulullah saw tidak mengangkat ke duatangan
beliau dalam berdo’a selain dalam do’a shalat istisqa’ dan beliau
sawmmengangkat tangannya tampak putih-putih ke-dua ketiaknya.
ﻜﺎﻥ ﻴﺭﻔﻊ ﻴﺩﻴﻪ ﺤﺫﻭ ﻤﻨﻜﺒﻴﻪ
Ketika beliau saw mengangkat tangan sejajar
dengan kedua pundak beliau.[1]
2.Hadis Ahad
Hadis
Ahad pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau dua orang atau
lebih yang tidak memenuhi syarat-syarat Hadis Mutawatir. Hukum beramal dengan
Hadis Ahad ialah wajib beramal dan berhujah pada setiap Hadis Ahad tetapi tidak
kufur sesiapa yang menolaknya.
Contoh Hadis Ahad:
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ
مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ
يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
“Sesungguhnya amal itu dengan niat, dan
sesungguhnya bagi masing-masing orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang
hijrahnya kepada dunia yangakan ia dapatkan atau kepada perempuan yang akan dia
nikahi maka (hasil) hijrahnya adalah apa yang dia niatkan”. [Muttafaqun ‘alaih][2].
Antara
kategori Hadis Ahad ialah Hadis Aziz, Hadis Gharib dan Hadis Masyhur.
Hadis Aziz ialah suatu hadis yang diriwayatkan
daripada seorang imam oleh dua atau tiga orang perawi pada setiap peringkat.
Hadis Gharib ialah suatu hadis yang diriwayatkan
oleh seorang perawi sahaja pada mana-mana peringkat sanad.
Hadis
Mashyur pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi @ lebih pada
setiap peringkat tetapi tidak sampai had dan tahap Hadis Mutawatir
Contoh Hadis Mahsyur ialah:
ﻘﺎﻝ ﺭﺴﻭﻝ ﺍﷲ ﺼﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻟﻴﻪ ﻭ ﺴﻠﻡ ﺍﻨﻤﺎ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ
ﺒﺎﻠﻨﻴﺎﺕ ﻭ ﺇﻨﻤﺎ ﻟﻜﻝ ﺍﻤﺭﺉ ﻤﺎ
ﻨﻭﻯ
Rasulullah saw bersabda sesungguhnya sahnya
amal perbuatan itu dengan niat dan bagi tiap-tiap orang mendapatkan apa-apa
yang telah ia niati.
.
Bentuk
Hadis Ahad
Bentuk pertama: riwayat dua orang perawi sanad
hingga ke penghujung sanad.
Bentuk kedua:Tidak diriwayatkan oleh kurang
daripada dua orang perawi lain daripada awal sanad sehingga ke penghujungnya.[3]
2.HADIS BERDASARKAN SIFAT PERAWI
. Bagaimana pula dengan Hadis Sahih, Hadis Hasan
dan Hadis Dhaif ? Tiga Hadis ini adalah hadis yang dibezakan mengikut sifat
perawi.Hadis yang paling tinggi adalah Hadis Sahih dan paling lemah adqalah
Hadis Dhaif.
Hadis menjadi Hadis Sahih sekiranya menepati
syarat Hadis Sahih seperti perawi bersifat adil, bersambung sanad, tiada syaz,
tiada I’llah dan bersifat dhabit (kuat ingatan). Definisi hadis sahih secara konkrit baru
muncul setelah Imam asy-Syafi’i memberikan penjelasan tentang riwayat yang
dapat dijadikan hujah, iaitu:
Pertama, apabila diriwayatkan
oleh para râwiy (periwayat)
yang dapat dipercaya pengamalan agamanya, dikenal sebagai orang yang jujur
mermahami hadis yang diriwayatkan dengan baik, mengetahui perubahan arti hadis
bila terjadi perubahan lafazhnya; mampu meriwayatkan hadis secara lafad,
terpelihara hafalannya bila meriwayatkan hadis secara lafad, bunyi hadis yang
Dia riwayatkan sama dengan hadis yang diriwayatkan orang lain dan terlepas dari tadlîs (penyembuyian
cacat),
Kedua, rangkaian riwayatnya
bersambung sampai kepada Nabi s.a.w., atau dapat juga tidak sampai kepada Nabi.
Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim membuat
kriteria hadis shahih sebagai berikut:
- Rangkaian ar-râwiy (periwayat)
dalam sanad itu harus bersambung mulai dari ar-râwiy (periwayat)
pertama sampai ar-râwiy (periwayat) terakhir.
- Para ar-râwiy (periwayat)nya
harus terdiri dari orang-orang yang dikenal siqat, dalam
arti ‘adil dandhabithh,
- Hadisnya
terhindar dari ‘illat (cacat) dan syadz (janggal),
dan
- Para ar-râwiy (periwayat)
yang terdekat dalam sanad harus sejaman.
Syarat-Syarat Hadis Shahih
Berdasarkan definisi hadis shahih di atas,
dapat difahami bahawa syarat-syarat hadis shahih dapat dirumuskan sebagai
berikut:
1) Sanadnya
Bersambung
Maksudnya adalah tiap-tiap ar-râwiy (periwayat)
dari ar-râwiy (periwayat) lainnya benar-benar mengambil secara
langsung dari orang yang ditanyanya, dari sejak awal hingga akhir sanadnya.
Untuk mengetahui dan bersambungnya dan tidaknya
suatu sanad, biasanya ulama’ hadis menempuh tata kerja sebagai berikut:
1) mencatat
semua periwayat yang diteliti,
2) mempelajari
hidup masing-masing periwayat,[4]
3) meneliti
kata-kata yang berhubungan antara para periwayat dengan periwayat
yang terdekat dalam sanad, yakni apakah kata-kata yang
terpakai berupa haddatsanî, haddatsanâ, akhbaranâ, akhbaranî, ‘an, anna,
atau kata-kata lainnya.
2) Ar-râwiy (periwayat)-nya
Bersifat ‘Adil
Maksudnya adalah tiap-tiap ar-râwiy (periwayat)
itu seorang muslim, berstatus mukallaf (baligh), bukan fâsiqdan
tidak pula jelek prilakunya.
Dalam menilai keadilan seorang periwayat cukup
dilakuakan dengan salah satu teknik berikut:
1) keterangan
seseorang atau beberapa ulama ahli ta’dil bahwa seorang itu bersifat
‘adil, sebagaimana yang disebutkan dalam kitab-kitab jarh wa at-ta’dil.
2) ketenaran
seseorang bahwa ia bersifast ‘adil, seperti imam empat: Abu Hanifah, Malik bin
Anas, Asy-Syafi’i, dan Ahmad bin Hanbal.
Khusus mengenai ar-râwiy (periwayat)
hadis pada tingkat sahabat, jumhur ulama sepakat bahwa seluruh sahabat adalah
‘adil. Pandangan berbeda datang dari golongan muktazilah yang menilai bahwa
sahabat yang terlibat dalam pembunuhan ‘Ali dianggap fâsiq, dan
periwayatannya pun ditolak.
3) Ar-Râwiy (periwayat)-nya
Bersifat Dhabith
Maksudnya masing-masing ar-râwiy (periwayat)-nya
sempurna daya ingatannya, baik berupa kuat ingatan (في الصدور) maupun dalam
tulisan (في السّطور).
Dhabith dalam dada ialah terpelihara
periwayatan dalam ingatan, sejak ia maneriama hadis sampai meriwayatkannya
kepada orang lain, sedang, dhabith dalam kitab ialah
terpeliharanya kebenaran suatu periwayatan melalui tulisan.
Adapun sifat-sifat kedhabithan periwayat
(الراوي), nmenurut para ulama, dapat diketahui melalui:
1) kesaksian
para ulama
2) berdasarkan
kesesuaian riwayatannya dengan riwayat dari orang lain yang telah dikenal kedhabithhannya.
4) Tidak Syadz
Maksudnya ialah hadis itu benar-benar
tidak syadz, dalam arti bertentangan atau menyelesihi orang yang
terpercaya dan lainnya.
Menurut asy-Syafi’i, suatu hadis tidak
dinyastakan sebagai mengandung syudzûdz, bila hadis itu hanya
diriwayatkan oleh seorang periwayat yang tsiqah, sedang
periwayat yang tsiqah lainnya tidak meriwayatkan hadis itu.
Artinya, suatu hadis dinyatakan syudzudz, bila hadis yang
diriwayatkan oleh seorang periwayat yangtsiqah tersebut
bertentengan dengan hadis yang dirirwayatkan oleh banyak periwayat yang juga
bersifattsiqah.
5) Tidak
Ber’illat
Maksudnya ialah hadis itu tidak ada cacatnya,
dalam arti adanya sebab yang menutup tersembunyi yang dapat mencederai pada ke-shahih-an
hadis, sementara zhahirnya selamat dari cacat.
‘Illat hadis dapat terjadi pada sanad mapun
pada matn (matan/teks) atau pada keduanya secara bersama-sama.
Namun demikian, ‘illat yang paling banyak terjadi adalah pada sanad
(السند), seperti menyebutkanmuttasil terhadap hadis yang munqati’ atau mursal.
Pembagian
Hadis Shahih
Para ahli hadis membagi hadis shahih kepada
dua bagian, yaitu shahîh li-dzâtihi (صحيح لذاته)
dan shahîh li-ghairihi (صحيح لغيره). perbedaan
antara keduanya terletak pada segi hafalan atau ingatan ar-râwiy(periwayat)nya.
pada shahîh li-dzâtihi, ingatan ar-râwiy (periwayat)nya
sempurna, sedang pada hadis shahîh li-ghairihi,
ingatan ar-râwiy (periwayat)nya kurang sempurna.[5]
1) Hadis Sahîh Li
Dzâthihi
Maksudnya ialah syarat-syarat lima tersebut
benar-benar telah terbukti adanya,bukan dia itu terputus tetapi shahih dalam
hakikat masalahnya, karena bolehnya salah dan khilaf bagi orang kepercayaan.
2) Hadis Sahih
Li Ghairihi
Maksudnya ialah hadis tersebut tidak terbukti
adanya lima syarat hadis shahih tersebut baik keseluruhan atau sebagian. Bukan
berarti sama sekali dusta, mengingat bolehnya berlaku bagi orang yang banyak
salah.
Hadis shahîh li-ghairihi,
adalah hadis hasan li-dzâtihi apabila diriwayatkan melalui
jalan yang lain oleh ar-râwiy(periwayat) yang sama kualitasnya atau
yang lebih kuat dari padanya.
- Kehujjahan
Hadis Shahih
Hadis yang telah memenuhi persyaratan hadis
shahih wajib diamalkan sebagai hujjah atau dalil syara’ sesuaiijma’ para
uluma hadis dan sebagian ulama ushul dan fiqih. Kesepakatan ini terjadi dalam soal-soal
yang berkaitan dengan penetapan halal atau haramnya sesuatu, tidak dalam
hal-hal yang berhubungan dengan aqidah.
Sebagian besar ulama menetapkan dengan
dalil-dalil qath’i, yaitu al-Quran dan hadis mutawatir. oleh karena
itu, hadis ahad tidak dapat dijadikan hujjah untuk menetapkan
persoalan-persoalan yang berhubungan dengan aqidah.
Tingkatan Hadis Shahih
Perlu diketahui bahwa martabat hadis shahih
itu tergantung tinggi dan rendahnya kepada ke-dhabith-an dan ke’adilan
para ar-râwiy (periwayat)-nya. Berdasarkan martabat seperti
ini, para muhadisin membagi tingkatan sanad menjadi tiga iaitu:
Pertama, ashah al-asânîd yaitu
rangkaian sanad yang paling tinggi derajatnya. seperti periwayatan sanad dari
Imam Malik bin Anas dari Nafi’ maulâ (مولى = budak yang telah
dimerdekakan) dari Ibnu Umar.
Kedua, ashah al-asânîd (أصح
الأسانيد), yaitu rangkaian sanad hadis yang yang tingkatannya di bawah tingkat
pertama di atas. Seperti periwayatan sanad dari Hammad bin Salamah dari Tsabit
dari Anas.
Ketiga. adh’af al-asânîd (أضعف
الأسانيد), yaitu rangkaian sanad hadis yang tingkatannya lebih rendah dari
tingkatan kedua. seperti periwayatan Suhail bin Abu Shalih dari ayahnya dari
Abu Hurairah.
Dari segi persyaratan shahih yang terpenuhi
dapat dibagi menjadi tujuh tingkatan, yang secara berurutan sebagai berikut:
- Hadis
yang disepakati oleh al-Bukhari dan muslim (muttafaq ‘alaih متفق
عليه),
- Hadis
yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari saja,
- Hadis
yang diriwayatkan oleh Imam Muslim saja,
- Hadis
yang diriwayatkan orang lain memenuhi persyaratan al-Bukhari dan Muslim,
- Hadis
yang diriwayatkan orang lain memenuhi persyaratan al-Bukhari saja,
- Hadis
yang diriwayatkan orang lain memenuhi persyaratan Muslim saja,
- Hadis
yang dinilai shahih menurut ulama hadis selain al-Bukhari dan Muslim dan
tidak mengikuti persyaratan keduanya, seperti Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban,
dan lain-lain.
Kitab-kitab hadis yang menghimpun hadis shahih
secara berurutan sebagai berikut:[6]
- Shahih
al-Bukhari (w.250 H).
- Shahih
Muslim (w. 261 H).
- Shahih
Ibnu Khuzaimah (w. 311 H).
- Shahih
Ibnu Hiban (w. 354 H).
- Mustadrak
al-hakim (w. 405).
- Shahih
Ibn as-Sakan.
- Shahih
al-Albani.
Sekiranya kurang satu daripada syarat-syarat
di atas jatuhlah dia sebagai Hadis Hasan. Walaubagaimanapun, kedua-dua martabat
hadis ini wajib beriman dengannya dan hadis ini boleh dijadikan hujah. Sifat
perawi yang adil adalah islam, baligh, berakal, tidak fasik dan tidak melakukan
perkara yang menjatuhkan maruah diri.
. Hadis Dhaif pula merupakan hadis yang lemah.
Walaupun begitu, kita dibolehkan untuk beramal dengan Hadis Dhaif tetapi hadis
ini tidak boleh dijadikan hujah. Cara untuk beramal dengan Hadis Dhaif ialah
hadis itu mestilah berkaitan dengan fadhailul amal (fadhilat beramal) sahaja,
faktor kedhaifan bersifat sederhana dan mafhum Hadis Dhaif ada pada nas-nas
syara' yang sahih.
. Hadis Maudhu’ ialah hadis palsu, apa-apa
yang direka dan disandarkan kepada Nabi saw atau selainnya dari segi perkataan,
perbuatan, pengakuan atau sifat baginda tetapi secara dusta.
[1]
Pengantar usul fiqh,Rujukan Pengajian Islam,Dr. Ab. Latif Muda,Pustaka Salam
(2012),ms 41
[3]
Ayat dan hadis ahkam Muamalah,Mohd Asmadi Yaakob,2016,ACIS
[4] http://www.ngekul.com/pembahasan-lengkap-tentang-hadis-shahi-hasan-dan-dhaif/
[5] https://maktabahmanhajsalafi.wordpress.com/istilah-ilmu-hadits/pengertian-hadits-shahih/
[6] http://sumber-ilmu-islam.blogspot.com/2014/01/pembagian-hadits-secara-umum-hadits.html
[7] http://sajasyok-syok.blogspot.my
So macam ni ke assignment untuk course mknn halal ni???
BalasPadamni contoh assignment markah rendah subjek dalam course halal iaitu usul fiqh
Padam