Translate

Selasa, 2 Ogos 2022

Let it out here

Hi im here after so long again cause this seems like the most peaceful place for me to rant and let my thought out in peace with no mutual that know me here.

I think this will be full english cause im in the mood for it and im getting comfortable with english for things like this.

So let me start...

I wonder how other people see future and picture themselves in the future like what you want to be, what you want to achieve, are you ready for it cause for me its on a whole different story.

I...dont picture myself in the future, i cant imagine the future at all let alone be ready for it. I dont have a dream, dont have occupation that i love heck dont even have any idea of how the world works and the job there is out there. I just living the life that is there.

I am 24 now and about 2 weeks from now im gonna works fulltime. Working after 3 years studying. Seems like a normal life except the course that im studying is nothing near my interest and my skills is far off from ready to work in this occupation. I am lost inside myself dont know what to do, what to expect and what to prepare. 

To be honest i dont even picture myself getting this far. I expect i would be dead by now (to be exact when im 20) or the world would collapse or destroyed or apocalypsed like the kids in my generation getting feared off by the media. 

Im ready for this world to end. Im ready to be dead but surprise, im living, i bout to be working, im healthy, im about to leave my hometown, im about to start my own life! Maybe in the next few years i would find a girl to marry and have a family and have a kid! Thats something the young me would never expect let alone think. He would freak out if he meet me now. And that is life, its nothing that you can expect, nothing you can imagine. But i just hope i can found the drive(?), Someting that can pulls me together, makes me realize the world im about to face, makes me looks forward, stop thinking about the past and be ready to take a step forward. Whatever it is i need it. I cant keep living like this but i also cant change to live like i should, i cant pull myself to do the thing i hate. Im far from ready for this. Im not ready living this far, im scared, im lost, i dont know what to do.


Life, please be nice to me, give me the strength to go forward and not looking back.

 

At least this writing clear off the unspoken things in my head. Thats why i love blog. Its like my secret diary where i can rant whatever i want here. People may be reading this but they wont know who i am so i'm safe haha. Its amazing how an online platform where anyone could see this being the place i let my thought out and none of my mutuals knows it. Its far better than twitter. I used to rant a lot on twitter but day by day my mutual increased so im kinda getting uneasy and stuck i guess. I glad i remember there still a blog. And im relieved now that my thought getting cleared out again. I might take some time off from blog after this (if things going well haha) so byee 


I hope my life is going well after this haha.



Rabu, 30 Januari 2019

Pertama Kali Jatuh Cinta

Assalamualaikum dan hai. Maaf harini aku lari topik sikit aku rasa aku nak cerita dan luahkan perasaan aku dekat sini sebab benda ni dah lama aku pendam. Harini aku nak cerita tentang pengalaman first time aku fall in love dalam hidup aku yang mana terjadi ketika aku form 4 dulu pada tahun 2014. Sekarang dah tahun 2019 so dah lebih kurang 5 tahun berlalu tapi somehow that memories still flourish in my mind and heart ever since that moment. Sekarang aku dah 21 tahun, masih lagi single dan tak move on dari kenangan dulu huhu.

Aku tak pernah bercinta even sampai sekarang pun disebabkan oleh banyak sebab antaranya aku tak reti mengayat hahaha aku betul betul tak reti lah bendalah ni walaupon dah banyak novel dan movie movie sweet yang aku dah baca dan tonton. Tak tahu lah sampai bila lagi nak membujang hmm.

Okay, nak dimulakan cerita nama aku Yusran(macam biasa bukan nama sebenar) dan first love aku nama dia Naili(pon bukan nama sebenar). Kisah ni berlaku masa aku sekolah menengah time aku form 4. Naili ni aku kenal masa form 1 lagi sebenarnya tapi kenal macam tu je la, just tahu nama and rupa macam mana. Kitorang memang jarang ah bersembang sebab aku ngan dia ni boleh tahan pemalu jugak ah lagipon dari form 1 sampai form 3 kitorang tak pernah sekelas.

Naili ni senang cakap bukan taste aku lah, walaupun muka aku tak seberapa tapi aku punya taste ni tinggi teruk macam rakan rakan seusia aku yang pada peringkat umur tu hanya melihat rupa dan body je. Nak dijadikan cerita masa form 4 aku dengan naili ni dapat duk sekelas , kitorang sama course iaitu course akaun yang memang ada satu kelas je kat sekolah kitorang and dapat la dua tahun menghadap muka sama je setiap hari.

Batch kitorang ni sikit berbanding batch lain lebih lebih lagi budak lelaki ada 30 lebih je and perempuan 70 lebih. Budak lelaki macam biasa memenuhi kelas TK(Teknologi Kejuruteraan) dan yang selebihnya masuk kelas sains jadinya tinggal lah seciput je lelaki kat kelas kitorang iaitu 3 orang je =( dan budak perempuan kelas kitorang pulak seramai 23 orang naya bossku. Aku ingat lagi first aku borak lama sikit ngan dia time group english. Time tu aku dapat satu group ngan dia and member member dia yang boleh dikatakan dive jugak lah. Time tu aku yang pemalu dan low confident ni sembang ngan dia je la sebab member dia yang lain macam sombong lagi time tu.

Dia ni seorang yang ayu, cool, tegas senang kata wife material ah. And dalam group member dia tu, dia sorang ah boleh dikatakan low profile and tak terpengaruh ngan benda nakal group dia buat. Dia pandai bawak diri ah senang cerita. Lepas satu group nan dia tu aku pun macam start kawan ah ngan dia sebab dia ni tak sombong and tak memilih kawan. Dia ni agak kelakar jugak lah dalam kelas kitorang, dia jarang buat lawak tapi sekali bagi punch line satu kelas gelak haih attractive betul lah.

Masa pon terus berlalu and aku pun makin lama makin rapat ngan dia, makin banyak sembang ngan dia, gurau ngan dia and saling membahan huhuhu. Actually aku tak ingat bila first aku jatuh cinta dengan dia tapi ada moment ni yang aku rasa saat terawal aku jatuh cinta ngan dia. Masa tu dia macam tengah bad mood teruk, habis budak perempuan yang gurau bodo ngan dia kene marah ngan dia aritu. Mungkin dia tengah period ke apa tak pasti ah. Masa tu aku nak guna gam and dia ni antara yang ada gam dalam kelas aku tuh tapi sebab dia tengah marah and dia jenis yang jarah marah jadi aku ambik langkah selamat tak mintak gam ngan dia dulu so aku pun pusing satu kelas gi mintak gam tapi hareyy sprang pon takde gam. Last sekali aku pon terpaksa jugak la mintak ngan dia and surprisingly time aku nak mintak ngan dia tu mood dia tetiba jadi baik and she treat me nicely siap senyum lagi walaupon tadi tengah marah orang. Mungkin dia suka aku dulu kot hmm entahlah.

Sekolah kitorang ni sekolah asrama and balik dua minggu sekali so ada satu weeekend ni time balik somehow aku jadi teringat kat dia sepanjang masa sampai mimpi pun muka dia fuhh. Masa ni aku tak perasan lagi aku dah fall in love ngan dia walaupun aku dah ada simpton simpton jatuh cinta macam yang aku selalu baca dalam novel cinta. Aku jadi teringat dia sepanjang masa, jantung berdebar time dekat ngan dia, rasa gelisah jauh ngan dia and aku akan automatik senyem whenever i saw or meet her macam aku dah takleh control apa aku nak buat bila dekat ngan dia, rasa macam anagau pon ada.

Ada sekali tu bila aku dah sedar aku dah suka Naili aku pun macam nak luah ah kan dekat seseorang perasaan ni kan sebab time tu sumpah aku excited and rasa membuak buak perasaan tu dalam diri aku arghh jadi aku pon cerita kat sorang kawan aku ni yang aku boleh percaya and alhamdulillah sampai sekakrang dia tak bocorkan kat sesiapa. Masa aku nak cerita tu aku macam bagi teka teki kat member aku tu and dia punya tekaan yang keberapa puluh baru betul. Tu pon sebab mai keluar ikut mulut je and aku pon bagi banyak gila hint. member aku yang sorang ni tau taste aku macam mana and memang dia tak dapat expect langsung yang aku ni suka kat Naili. Dia macam terkejut gila ah macam tak percaya ah mula mula ingat aku bergurau ke apa banyak kali jugak ah dia nak pastikan aku tak bergurau. Lepas dia nampak aku betul betul serius dia pon percaya ah citer aku.

Si naili ni ada ah member aku yang suka dia ni and masa tu time form 1 tapi time tu aku tak kesah pon pasal naili time tu and usik jugak ah member aku tu macam kebiasaan budak budak tapi nasib baik ah naili ni tak suka dia. Aku bersyukur jugak ah diorang tak couple kalau tak takdelah peluang aku nak jatuh cinta ngan dia. Masa form 5 barulah ramai budak lelaki yang notice naili ni sebab masa tu budak lelaki dah matang sikit and lebih wise gitu. Masa form 5 tu jugak ah ada sorang kawan baik aku ni gi confess kat naili ni and time tu memang aku insecure gila sebab member aku yang ni hensem, stail and pandai jauh lebih baik dari aku lah kiranya. Tapi nasib baik jugaklah naili ni reject.

Next aku nak cerita time aku tengah angau pulak. Masa ni aku tak bertepuk sebelah tangan sebab dia pon nampaknya angau jugak ngan aku time tu.Ada banyak moment sebenarnya and aku harap aku dapat ingat dan cerita semuanya dekat sini. Tempat aku dalam kelas time tu kat depan hujung belah kiri and tempat dia pulak kat hujung belakang belah kanan.

Ni lah gambaran malas dan mudahnya hahahahha. Somehow dalam kelas takde sesapa pun yang syak aku ngan naili ni liked each other like aku dikaitkan dengan semua perempuan dalam kelas aku and dia dikaitkan dengan semua lelaki dalam kelas aku kecuali aku. No one sees this coming and takda yang pernah usik pon =(. Walaupun kedudukan kitorang dalam kelas jauh tapi sebab angau kitorang selalu tengok each other and somehow smiled to each other tanpa kitorang(and everyone) sedar and banyak kali kot kitorang duk senyum to each other tapi takde sorang pon yang perasan hmmm.

Lepastu time prep malam pulak kitorang selalu cuba untuk matching warna baju tapi jarang ah kesampaian sebab aku ikut turutan baju dia pakai minggu lepas and dia pun sama so memang sampai kesudah tak sama sama hahahaha. Dia jugak selalu duduk tepi tingkap kat surau and somehow kat surau pon time aku lalu dekat tingkap we smiled to each other with the prettiest smile we ever can give and still no one noticed. Sebabkan dia lah aku jadi selalu senyum, sebelum angau aku memang susah sangat nak senyum tapi bila dengan dia otot facial aku kat muka ni memang akan automatik senyum ah bukan senyum beshe beshe tapi senyum kemain lebar.

Aku jugak mudah jeles bila nampak dia cakap ngan lelaki lain walaupon aku tahu dia ni jenis tak layan orang and cara aku tunjukkan jeles aku tu dengan blah hahahah sumpah bebudak teruk. Kalau dia pulak bila jeles ngan aku dia akan hilang dia punya cool tu dengan cuba distract aku bila aku cakap dengan budak perempuan lain hahahha tapi takde orang perasan jugak haihh. Aku ada jugak try nak ajak dia couple time cuti sekolah sebelum masuk form 5 tapi baru nak start mengayat sikit dia dah tak reply mesej aku. Punyalah jual mahal tu haihh bae betul lahhh.

sebab dia jugaklah aku jadi susah nak tinggal kelas walaupon kelas aku dipenuhi budak perempuan sebab aku taknak jauh dari dia, aku nak selalu tengok dia depan mata aku. Ada satu kali tu aku ada kena pergi camp kadet beruniform and nampak ah dia macam tak keruan and banyak kali jugak ah nak pastikan aku pergi ke tak sebab sebenarnya aku jarang join kawad kawad ni tapi sebab time tu short orang aku kena pergi jugak lah. Ada jugak time aku kena jadi videographer tangkap video kawad setiap badan beruniform and bila sampai turn badan beruniform dia video hancuss sebab aku duk fokus kat dia je huhuhu.

Antara yang aku kesal ngan diri aku yang dulu adalah aku ni terlalu pemalu. Sebab pemalu aku ni lah aku takde satu pun gambar ngan dia. Dia pernah ajak aku bergambar time majlis raya sekolah tapi betapa bodohnya aku time tu menolak sebab malu hmmm whyyyy. Time last day sekolah pon aku lepaskan peluang jugak sebab aku malu nak mintak bergambar dengan dia walaupun dia absolutely okay with it.

Aku pun dah lama tak contact dia, last time aku rasa time aku reply story instagram dia tapi dia tak reply pun. Last whatsapp pulak time raya 2018 dia ajak aku gi raya rumah dia tapi apakan daya hari tu aku kene naik bas nak balik uni. Sampai sekarang aku masih tak contact dia tapi aku harap aku akan dijodohkan dengan dia suatu hari nanti kerana aku hanya mahu satu first love yang akan jadi last love aku jugak.

Terima kasih kepada yang sudi membaca coretan hati yang tak seberap ni dan sejujurnya masih ada lagi kenangan yang belum terungkap tapi akan aku cuba lengkapkan di masa akan datang In Sha Allah.



Jumaat, 31 Mac 2017

Peranan al-Sunnah sebagai sumber hukum

Pendahuluan

Al-Sunnah adalah salah satu dari wahyu Allah, dimana maksud dan isi kandungannya dilafazkan oleh Baginda Rasulullah. Ini bererti al-Sunnah mempunyai autoriti yang sama pentingnya dengan al-Quran selaku sumber yang memberi penjelasan tentang isi kandungan ajaran Islam. As sunnah merupakan sumber kedua dalam perundangan islam untuk di rujuk. Kedudukannya di tempat kedua selepas al-quran . Ini kerana lafaz dan maknanya datang dari Rasulullah s.a.w. Maka, mustahil bagi Baginda untuk melakukan pendustaan.
             Tajuk assignment yang telah disiapkan ini berkaitan sumber kedua dalam perundangan Islam iaitu al-Sunnah. Skop kajian lebih kepada menghuraikan definisi, pembahagian, jenis-jenis al-Sunnah dari segi periwayatan, dan peranan al-Sunnah. Dalam menghuraikan maksud al-Sunnah, ia dibahagikan kepada beberapa kategori. Antaranya menurut ulama’ usul fiqh, hadis dan .
              Seterusnya, kajian ini menghuraikan pembahagian al-Sunnah. Al-Sunnah dibahagikan kepada tiga bahagia iaitu qauliyyah, fi’liyyah, taqririyyah, hamiyyah . Jika dilihat jenis-jenis al-Sunnah dari segi periwayatannya, ia juga dibahagikan kepada tiga iaitu mutawatir, masyhur dan ahad.            
              Bahagian terakhir dalam kajian ini ialah peranan al-Sunnah. Lima peranan utama al-Sunnah telah dikenal pasti. Antaranya termasuklah al-Sunnah bertindak sebagai penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al-Quran, penjelas kepada ayat-ayat yang mujmal dan mengkhususkan hukum-hukum yang umum
PERANAN AS SUNNAH DALAM MENENTUKAN HUKUM



.JENIS HADIS
Pembahagian Hadis merujuk kepada aspek bilangan perawi dan sifat perawi, dengan catatan hadis tidak memenuhi syarat periwayatan sesebuah hadis adalah dikategorikan dalam golongan hadis yang ditolak.
Pembahagian hadis telah dibuat oleh sesetengah muhaddithin semasa yang memasukkan hadis mutawatir dan hadis ahad ke dalam kategori hadis sahih dan menyebutnya semasa membicarakan mengenai hadis sahih.Dengan tidak menafikan bahawa terdapat sesetengah hadis ahad terdapat dalam dua keadaan iaitu sahih dan daif  
1.HADIS BERDASARKAN BILANGAN PERAWI
Pembahagian al-Sunnah dari sudut bilangan perawi menurut jumhur ulama’ dapat dibahagikan kepada dua unit iaitu mutawatir dan ahad.
1.Hadis Mutawatir

Hadis mutawatir menurut bahasa ialah berturut-turut.Hadis Mutawatir menurut istilah ialah hadis yang diriwayatkan oleh sebilangan perawi yang mana melihat kepada bilangan tersebut tidak mungkin mereka berdusta dalam meriwayatkan hadis tersebut.[1]Hadis Mutawatir ialah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh ramai sahabat. Diantara syarat-syarat Hadis Mutawatir ialah diriwayatkan oleh perawi yang ramai yang mencapai satu tahap mustahil untuk mendustakan hadis Rasullah s.a.w. Jumlah perawi seimbang pada setiap peringkat dan hadis diterima melalui pendengaran dan penglihatan. Maka, kita wajib beriman dengan Hadis Mutawatir dan menolaknya adalah jatuh kafir ataupun kufur.Hadis Mutawatir menduduki tempat kedua selepas al-Quran dimana ia bertaraf qat’ie dan menjadi hujah yang kuat seperti al-Quran.









Jenis Hadis Mutawatir

1.Mutawatir Lafzhi :

ﻤﺎ ﺘﻭﺍﺘﺭﺕ ﺭﻭﺍﻴﺘﻪ ﻋﻟﻰ ﻠﻓﻅ ﻭﺍﺤﺩ

“Hadis mutawatir lafzhi ialah hadis yang kemutawatiran perawinya masih dalam satu lafal”
Jadi jika ditemukan sejumlah besar perawi hadits berkumpul untuk meriwayatkan dengan berbagai jalan, yang menurut adat kebiasaan mustahil mereka bersepakat untuk berbuat dusta, maka nilai yang terkandung di dalamnya termasuk “ilmu yakin” ertinya meyakinkan bagi kita bahwa hadits tersebut telah di sandarkan kepada yang menyabdakannya, yaitu Rasulullah saw.
Contoh:

ﻤﻥ ﻜﺫﺏ ﻋﻟﻲ ﻤﺘﻌﻤﺩﺍ ﻔﻟﻴﺘﺒﻭﺃ ﻤﻘﻌﺩﻩ ﻤﻥ ﺍﻠﻨﺎﺭ

‘‘Siapa saja yang berbuat kebohongan terhadap diriku, maka tempat duduknya yang layak adalah Neraka’’



Dalam men-sikapi hadits ini, para ahli berbeza-beza dalam memberikan komen, diantaranya ialah:

-          Abu Bakar al-Sairy menyatakan bahwa hadits ini diriwayatkan oleh 40 sahabat secaramarfu’

-          Ibnu Shalkah berpendapat bahwa hadits ini diriwayatkan oleh 62 sahabat, termasuk     didalamnya adalah 10 sahabat yang dijamin masuk Surga.

-          Ibrahim al-Haraby dan Abu Bakar al-Bazariy berpendapat bahwa hadit ini diriwayatkan oleh 450 sahabat.


2.Mutawatir Ma’nawiy

ﻫﻭ ﺍﻥ ﻴﻨﻘﻝ ﺠﻤﺎﻋﺔ ﻴﺴﺘﺤﻴﻝ ﻋﺎﺩﺓ ﺘﻭﺍﻁؤﻫﻡ ﻋﻟﻰ ﺍﻟﻜﺫﺏ ﻭﻗﺎﺌﻊ ﻤﺨﺘﻟﻔﺔ ﺍﺸﺘﺭﻜﺕ ﻓﻰ ﺍﻤﺭ ﻴﺘﻭﺍﺘﺭ ﺫﻟﻙ ﺍﻟﻘﺩﺭ ﺍﻟﻤﺸﺘﺭﻙ                                                  

Hadits Mutawatir ma’nawiy ialah kutipan sekian banyak orang yang menurut adat kebiasaan, mereka mustahil bersepakat dusta atas kejadian-kejadian yang berbeda-beda, tetapi bertemu pada titik persamaan
Maksudnya adalah hadits yang para perawinya berbeda-beda dalam menyusun redaksi pemberitaan, tetapi pada prinsipnya sama.
Contoh:



ﻤﺎ ﺭﻔﻊ ﺼﻟﻰ ﷲ ﻋﻟﻴﻪ ﻭ ﺴﻠﻡ ﻴﺩﻴﻪ ﺤﺘﻰ ﺭؤﻱ ﺒﻴﺎﺽ ﺍﺒﻁﻴﻪ ﻔﻰ ﺸﻴﺊ ﻤﻥ ﺩﻋﺎﺌﻪ ﺍﻻ ﻔﻰ ﺍﻹﺴﺘﺴﻘﺎﺀ                                                        

Rasulullah saw tidak mengangkat ke duatangan beliau dalam berdo’a selain dalam do’a shalat istisqa’ dan beliau sawmmengangkat tangannya tampak putih-putih ke-dua ketiaknya.

ﻜﺎﻥ ﻴﺭﻔﻊ ﻴﺩﻴﻪ ﺤﺫﻭ ﻤﻨﻜﺒﻴﻪ

Ketika beliau saw mengangkat tangan sejajar dengan kedua pundak beliau.[1]



2.Hadis Ahad

 Hadis Ahad pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi atau dua orang atau lebih yang tidak memenuhi syarat-syarat Hadis Mutawatir. Hukum beramal dengan Hadis Ahad ialah wajib beramal dan berhujah pada setiap Hadis Ahad tetapi tidak kufur sesiapa yang menolaknya.

Contoh Hadis Ahad:

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
“Sesungguhnya amal itu dengan niat, dan sesungguhnya bagi masing-masing orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia yangakan ia dapatkan atau kepada perempuan yang akan dia nikahi maka (hasil) hijrahnya adalah apa yang dia niatkan”. [Muttafaqun ‘alaih][2].

 
 Antara kategori Hadis Ahad ialah Hadis Aziz, Hadis Gharib dan Hadis Masyhur.


Hadis Aziz ialah suatu hadis yang diriwayatkan daripada seorang imam oleh dua atau tiga orang perawi pada setiap peringkat.

Hadis Gharib ialah suatu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja pada mana-mana peringkat sanad.

 Hadis Mashyur pula ialah hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang perawi @ lebih pada setiap peringkat tetapi tidak sampai had dan tahap Hadis Mutawatir





Contoh Hadis Mahsyur ialah:

   ﻘﺎﻝ ﺭﺴﻭﻝ ﺍﷲ ﺼﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻟﻴﻪ ﻭ ﺴﻠﻡ ﺍﻨﻤﺎ ﺍﻷﻋﻤﺎﻝ ﺒﺎﻠﻨﻴﺎﺕ ﻭ ﺇﻨﻤﺎ ﻟﻜﻝ ﺍﻤﺭﺉ ﻤﺎ ﻨﻭﻯ                                                                  

Rasulullah saw bersabda sesungguhnya sahnya amal perbuatan itu dengan niat dan bagi tiap-tiap orang mendapatkan apa-apa yang telah ia niati.
.

 Bentuk Hadis Ahad

Bentuk pertama: riwayat dua orang perawi sanad hingga ke penghujung sanad.

Bentuk kedua:Tidak diriwayatkan oleh kurang daripada dua orang perawi lain daripada awal sanad sehingga ke penghujungnya.[3]



2.HADIS BERDASARKAN SIFAT PERAWI

. Bagaimana pula dengan Hadis Sahih, Hadis Hasan dan Hadis Dhaif ? Tiga Hadis ini adalah hadis yang dibezakan mengikut sifat perawi.Hadis yang paling tinggi adalah Hadis Sahih dan paling lemah adqalah Hadis Dhaif.


 Hadis menjadi Hadis Sahih sekiranya menepati syarat Hadis Sahih seperti perawi bersifat adil, bersambung sanad, tiada syaz, tiada I’llah dan bersifat dhabit (kuat ingatan). Definisi hadis sahih secara konkrit baru muncul setelah Imam asy-Syafi’i memberikan penjelasan tentang riwayat yang dapat dijadikan hujah, iaitu:

Pertama, apabila diriwayatkan oleh para râwiy (periwayat) yang dapat dipercaya pengamalan agamanya, dikenal sebagai orang yang jujur mermahami hadis yang diriwayatkan dengan baik, mengetahui perubahan arti hadis bila terjadi perubahan lafazhnya; mampu meriwayatkan hadis secara lafad, terpelihara hafalannya bila meriwayatkan hadis secara lafad, bunyi hadis yang Dia riwayatkan sama dengan hadis yang diriwayatkan orang lain dan terlepas dari tadlîs (penyembuyian cacat),

Kedua, rangkaian riwayatnya bersambung sampai kepada Nabi s.a.w., atau dapat juga tidak sampai kepada Nabi.
Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim membuat kriteria hadis shahih sebagai berikut:

  1. Rangkaian ar-râwiy (periwayat) dalam sanad itu harus bersambung mulai dari ar-râwiy (periwayat) pertama sampai ar-râwiy (periwayat) terakhir.
  2. Para ar-râwiy (periwayat)nya harus terdiri dari orang-orang yang dikenal siqat, dalam arti ‘adil dandhabithh,
  3. Hadisnya terhindar dari ‘illat (cacat) dan syadz (janggal), dan
  4. Para ar-râwiy (periwayat) yang terdekat dalam sanad harus sejaman.


Syarat-Syarat Hadis Shahih
Berdasarkan definisi hadis shahih di atas, dapat difahami bahawa syarat-syarat hadis shahih dapat dirumuskan sebagai berikut:

1)      Sanadnya Bersambung
Maksudnya adalah tiap-tiap ar-râwiy (periwayat) dari ar-râwiy (periwayat) lainnya benar-benar mengambil secara langsung dari orang yang ditanyanya, dari sejak awal hingga akhir sanadnya.
Untuk mengetahui dan bersambungnya dan tidaknya suatu sanad, biasanya ulama’ hadis menempuh tata kerja sebagai berikut:

1)      mencatat semua periwayat yang diteliti,
2)      mempelajari hidup masing-masing periwayat,[4]
3)      meneliti kata-kata yang berhubungan antara para periwayat dengan periwayat yang   terdekat dalam sanad, yakni apakah kata-kata yang terpakai berupa haddatsanî, haddatsanâ, akhbaranâ, akhbaranî, ‘an, anna, atau kata-kata lainnya.

2)      Ar-râwiy (periwayat)-nya Bersifat ‘Adil
Maksudnya adalah tiap-tiap ar-râwiy (periwayat) itu seorang muslim, berstatus mukallaf  (baligh), bukan fâsiqdan tidak pula jelek prilakunya.

Dalam menilai keadilan seorang periwayat cukup dilakuakan dengan salah satu teknik berikut:

1)      keterangan seseorang atau beberapa ulama ahli ta’dil bahwa seorang itu bersifat ‘adil,  sebagaimana yang disebutkan dalam kitab-kitab jarh wa at-ta’dil.

2)      ketenaran seseorang bahwa ia bersifast ‘adil, seperti imam empat: Abu Hanifah, Malik bin Anas, Asy-Syafi’i, dan Ahmad bin Hanbal.

Khusus mengenai ar-râwiy (periwayat) hadis pada tingkat sahabat, jumhur ulama sepakat bahwa seluruh sahabat adalah ‘adil. Pandangan berbeda datang dari golongan muktazilah yang menilai bahwa sahabat yang terlibat dalam pembunuhan ‘Ali dianggap fâsiq, dan periwayatannya pun ditolak.

3)      Ar-Râwiy (periwayat)-nya Bersifat Dhabith
Maksudnya masing-masing ar-râwiy (periwayat)-nya sempurna daya ingatannya, baik berupa kuat ingatan (في الصدور) maupun dalam tulisan (في السّطور).

Dhabith dalam dada ialah terpelihara periwayatan dalam ingatan, sejak ia maneriama hadis sampai meriwayatkannya kepada orang lain, sedang, dhabith dalam kitab ialah terpeliharanya kebenaran suatu periwayatan melalui tulisan.

Adapun sifat-sifat kedhabithan periwayat (الراوي), nmenurut para ulama, dapat diketahui melalui:

1)      kesaksian para ulama

2)      berdasarkan kesesuaian riwayatannya dengan riwayat dari orang lain yang telah dikenal kedhabithhannya.



4)      Tidak Syadz
Maksudnya ialah hadis itu benar-benar tidak syadz, dalam arti bertentangan atau menyelesihi orang yang terpercaya dan lainnya.
Menurut asy-Syafi’i, suatu hadis tidak dinyastakan sebagai mengandung syudzûdz, bila hadis itu hanya diriwayatkan oleh seorang periwayat yang tsiqah, sedang periwayat yang tsiqah lainnya tidak meriwayatkan hadis itu. Artinya, suatu hadis dinyatakan syudzudz, bila hadis yang diriwayatkan oleh seorang periwayat yangtsiqah tersebut bertentengan dengan hadis yang dirirwayatkan oleh banyak periwayat yang juga bersifattsiqah.

5)      Tidak Ber’illat
Maksudnya ialah hadis itu tidak ada cacatnya, dalam arti adanya sebab yang menutup tersembunyi yang dapat mencederai pada ke-shahih-an hadis, sementara zhahirnya selamat dari cacat.
‘Illat hadis dapat terjadi pada sanad mapun pada matn (matan/teks) atau pada keduanya secara bersama-sama. Namun demikian, ‘illat yang paling banyak terjadi adalah pada sanad (السند), seperti menyebutkanmuttasil terhadap hadis yang munqati’ atau mursal.

Pembagian Hadis Shahih
Para ahli hadis membagi hadis shahih kepada dua bagian, yaitu shahîh li-dzâtihi (صحيح لذاته) dan shahîh li-ghairihi (صحيح لغيره). perbedaan antara keduanya terletak pada segi hafalan atau ingatan ar-râwiy(periwayat)nya. pada shahîh li-dzâtihi, ingatan ar-râwiy (periwayat)nya sempurna, sedang pada hadis shahîh li-ghairihi, ingatan ar-râwiy (periwayat)nya kurang sempurna.[5]

1)      Hadis Sahîh Li Dzâthihi
Maksudnya ialah syarat-syarat lima tersebut benar-benar telah terbukti adanya,bukan dia itu terputus tetapi shahih dalam hakikat masalahnya, karena bolehnya salah dan khilaf bagi orang kepercayaan.





2)      Hadis Sahih Li Ghairihi
Maksudnya ialah hadis tersebut tidak terbukti adanya lima syarat hadis shahih tersebut baik keseluruhan atau sebagian. Bukan berarti sama sekali dusta, mengingat bolehnya berlaku bagi orang yang banyak salah.
Hadis shahîh li-ghairihi, adalah hadis hasan li-dzâtihi apabila diriwayatkan melalui jalan yang lain oleh ar-râwiy(periwayat) yang sama kualitasnya atau yang lebih kuat dari padanya.

  1. Kehujjahan Hadis Shahih
Hadis yang telah memenuhi persyaratan hadis shahih wajib diamalkan sebagai hujjah atau dalil syara’ sesuaiijma’ para uluma hadis dan sebagian ulama ushul dan fiqih. Kesepakatan ini terjadi dalam soal-soal yang berkaitan dengan penetapan halal atau haramnya sesuatu, tidak dalam hal-hal yang berhubungan dengan aqidah.

Sebagian besar ulama menetapkan dengan dalil-dalil qath’i, yaitu al-Quran dan hadis mutawatir. oleh karena itu, hadis ahad tidak dapat dijadikan hujjah untuk menetapkan persoalan-persoalan yang berhubungan dengan aqidah.

Tingkatan Hadis Shahih
Perlu diketahui bahwa martabat hadis shahih itu tergantung tinggi dan rendahnya kepada ke-dhabith-an dan ke’adilan para ar-râwiy (periwayat)-nya. Berdasarkan martabat seperti ini, para muhadisin membagi tingkatan sanad menjadi tiga iaitu:

Pertama, ashah al-asânîd yaitu rangkaian sanad yang paling tinggi derajatnya. seperti periwayatan sanad dari Imam Malik bin Anas dari Nafi’ maulâ (مولى = budak yang telah dimerdekakan) dari Ibnu Umar.

Kedua, ashah al-asânîd (أصح الأسانيد), yaitu rangkaian sanad hadis yang yang tingkatannya di bawah tingkat pertama di atas. Seperti periwayatan sanad dari Hammad bin Salamah dari Tsabit dari Anas.

Ketiga. adh’af al-asânîd (أضعف الأسانيد), yaitu rangkaian sanad hadis yang tingkatannya lebih rendah dari tingkatan kedua. seperti periwayatan Suhail bin Abu Shalih dari ayahnya dari Abu Hurairah.

Dari segi persyaratan shahih yang terpenuhi dapat dibagi menjadi tujuh tingkatan, yang secara berurutan sebagai berikut:

  1. Hadis yang disepakati oleh al-Bukhari dan muslim (muttafaq ‘alaih متفق عليه),
  2. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari saja,
  3. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim saja,
  4. Hadis yang diriwayatkan orang lain memenuhi persyaratan al-Bukhari dan Muslim,
  5. Hadis yang diriwayatkan orang lain memenuhi persyaratan al-Bukhari saja,
  6. Hadis yang diriwayatkan orang lain memenuhi persyaratan Muslim saja,
  7. Hadis yang dinilai shahih menurut ulama hadis selain al-Bukhari dan Muslim dan tidak mengikuti persyaratan keduanya, seperti Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan lain-lain.



Kitab-kitab hadis yang menghimpun hadis shahih secara berurutan sebagai berikut:[6]

  1. Shahih al-Bukhari (w.250 H).
  2. Shahih Muslim (w. 261 H).
  3. Shahih Ibnu Khuzaimah (w. 311 H).
  4. Shahih Ibnu Hiban (w. 354 H).
  5. Mustadrak al-hakim (w. 405).
  6. Shahih Ibn as-Sakan.
  7. Shahih al-Albani.

 Sekiranya kurang satu daripada syarat-syarat di atas jatuhlah dia sebagai Hadis Hasan. Walaubagaimanapun, kedua-dua martabat hadis ini wajib beriman dengannya dan hadis ini boleh dijadikan hujah. Sifat perawi yang adil adalah islam, baligh, berakal, tidak fasik dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah diri.




. Hadis Dhaif pula merupakan hadis yang lemah. Walaupun begitu, kita dibolehkan untuk beramal dengan Hadis Dhaif tetapi hadis ini tidak boleh dijadikan hujah. Cara untuk beramal dengan Hadis Dhaif ialah hadis itu mestilah berkaitan dengan fadhailul amal (fadhilat beramal) sahaja, faktor kedhaifan bersifat sederhana dan mafhum Hadis Dhaif ada pada nas-nas syara' yang sahih.



. Hadis Maudhu’ ialah hadis palsu, apa-apa yang direka dan disandarkan kepada Nabi saw atau selainnya dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda tetapi secara dusta.
[7]




[1] Pengantar usul fiqh,Rujukan Pengajian Islam,Dr. Ab. Latif Muda,Pustaka Salam (2012),ms 41
[3] Ayat dan hadis ahkam Muamalah,Mohd Asmadi Yaakob,2016,ACIS
[4] http://www.ngekul.com/pembahasan-lengkap-tentang-hadis-shahi-hasan-dan-dhaif/
[5] https://maktabahmanhajsalafi.wordpress.com/istilah-ilmu-hadits/pengertian-hadits-shahih/
[6] http://sumber-ilmu-islam.blogspot.com/2014/01/pembagian-hadits-secara-umum-hadits.html
[7] http://sajasyok-syok.blogspot.my

Isnin, 27 Februari 2017

Last minute budaya 'student'

Bila sebut pasal 'student' kita ataupun dalam konteks yang lebih tepat, mahasiswa....(mahasiswa progresif,mahasiswa produktif,mahasiswa cergas,mahasiswa cekap bertindak dan macam macam lagi slogan yang dipapar oleh pihak universiti)... namun hakikatnya mahasiswa kita tak mencapai tahap dan tak memenuhi piawaian yang kita sangkakan

Mahasiswa hidup dalam zon selesa dalam hampir setiap aspek (kecuali makanan dan kewangan) dan ini menyebabkan mahasiswa kita mudah leka dan alpa lantas menyebabkan satu budaya biasa iaitu last minute study yang diamalkan hampir 60%-80% mahasiswa kita.Sampai bila kita nak teruskan budaya macamni? sampai bila kita nak tengok bangsa lain memintas kita? sampai bila kita nak tengok pointer yang sama setiap sem? dan paling utama bila kita nak ubah cara study kita tu?

Ayuhlaa mahasiswa...kita mengorak langkah dan bersedia untuk maju bersama !

minggu sibuk student



Sekarang ni dah start minggu sibuk untuk student diploma pengurusan halal uitm sebab final dah nak dekat means assignment berlambak nak kena submit and........semestinya buat kerja last minit punyalah sebab biasalah..melayu kan..huhuhu

Isnin, 5 Disember 2016

kehidupan di kolej kediaman dan fakulti

Okay kalini aku nak kongsi tentang serba sedikit kehidupan di kolej dan fakulti.Paling penting hati kena kering dulu kay pastu baru boleh move dengan step seterusnya.

Kat kolej, simple laa sebab hampir segala kemudahan disediakan, cuma kena bergerak jaa sikit...takdelaa survival mode macam kat asrama dulu (tapi maggi tetap kena sorok)...hidup kat kolej macam kat pangsapuri je..cuma tak perlu bayar bil setiap bulan..

Fakulti pulak macam sekolah je cuma ade aircond ngan lcd je, macam bilik SAL laa lebih kurang, tempat belajar BI masa zaman sekolah dulu dulu.Cuma sekali sekali akan gabung kelas dan course, mean korang akan akan belajar dekat dewan kuliah yang macam dalam movie ngan drama melayu tuu...kalau praktikal pulak akan diadakan di lab.

Khamis, 17 November 2016

Serba sedikit tentang diploma pengurusan halal

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang membaca coretan aku ni.Tujuan aku mewujudkan blog ni adalah untuk menceritakan serba sedikit kehidupan sebagai seorang 'student' ataupun mahasiswa UiTM dalam bidang diploma pengurusan halal.

First of all, aku nak korang tahu apa itu pengurusan halal secara jelas.Pengurusan Halal ni adalah suatu bidang yang mana meliputi human resources,food science,islamic studies dan management skills.Untuk masa sekarang,aku nak korang faham dulu apa yang pelajar diploma halal ni belajar.

Baiklah, biar aku mula dengan fakulti, diploma pengurusan halal nii dibawah pengurusan fakulti ACIS (academy contemporary islamic science) ataupun akademi pengajian islam kontemporari.Acis nii adalah fakulti baru yang diwujudkan UiTM dalam memenuhi tuntutan pasaran pekerjaan tempatan dan global.ACIS nii baru diwujudkan dalam tempoh 5 tahun dan mempunyai dua jurusan dibwahnya iaitu diploma muamalat dan diploma pengurusan halal.ACIS nii berpusat di UiTM Shah Alam seperti kebanyakan course yang dikendalikan oleh UiTM.Harap korang jelas ye dengan penerangan aku nii...hehehe

Seterusnya,kita berbalik pula pada isu utama kita iaitu 'apa itu diploma pengurusan halal?'.Okeylaaa,meh aku ceritakan kat korang serba sedikit tentang diploma pengurusan halal yang banyak digembar-gemburkan mendapat pasaran pekerjaan yang banyak dalam masa akan datang nii kononya ye.

Pada sem 1, korang akan belajar 7 subjek termasuk koko yang terdiri daripada 2 subjek teras (elc,ctu),3 subjek fakulti (tac,akidah,akhlak) dan satu subjek utk course halal iaitu Introduction to halal.Ok baru 6 kan, so yang satu lagi ialah koko yg malangnya diwajibkan utk mahasiswa uitm :(.Koko ni korang perlu pilih daripada 3 pilihan untuk sem 1 ni iaitu Kesatria,Bomba(takleh tukar dh bai) dan pbsm(fsk diutamakan ).Kalau ambil kesat boleh tukar lagi utk sem depan, kalau bomba memang xleh tukar dah, student fsk pulak memang wajib ambil pbsm mlainkan kalau dh penuh boleh pegi bomba or Kesatria.Koko ni hanya untuk 3 sem je.

Bagi yang tertanya-tanya, praktikal untuk kos ni ialah selepas habis sem 4.Tempohnya adalah sebulan lebih dan korang akan masuk lewat sikit untuk sem 5. Praktikal ni suka hati koranglah nak praktikal kat mana pon sebab Pengurusan Halal ni luas bidangnya samada bidang kulinari, hal ehwal agama ataupun pemprosesan makanan. Praktikal ni penting jugak untuk asah kemahiran korang dalam bidang pekerjaan ni. Kalau korang perform masa praktikal ni mungkin firma tu akan cop korang terus sebagai future workers diorang.
subjek

sambungan subjek


*edit- terima kasih damia dan student dip halal management yang lain tolong jawab banyak pertanyaan di ruang komen. Maaflah saya agak busy sejak-sejak kerja ni tak sempat nak check blog ni,tak sangka pulak blew up (ayat twitter). Btw saya minta maaf kalau jawapan yang saya reply tidak memuaskan terutamanya soalan berkaitan degree halal management sebab saya belajar takat diploma je😢